Fidah Noor Apr 27th, 2:30pm salam..mcmne cara untuk sy mohon sumbangan buku utk pusat sumber sek | Tuan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-21479464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 27.04.2015 |
Amirul Muhammad Apr 24th, 5:17pm Assalamualaikum..sy nk tnya..Pertandingan hadiah sastera penulis muda bila thu kputusannya??mohon respon | Sila hubungi urus setia pertandingan di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479129 atau e-mel noratikah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 24.04.2015 |
Muhammad Suhaimi Apr 14th, 9:24am Assalamualaikum Tuan/Puan, Pada 9 Mei 2015 (Sabtu) akan datang kami Akademi Intelektual Muda (AIM) akan menganjurkan Seminar Pemikiran Syeikh Muhammad Abduh di Institut Pendidikan Guru Bangi. Bagaimana sekiranya kami ingin menjemput Ujana Buku DBP untuk turut memeriahkan ruang pameran kepustakaan pada hari program berkenaan? Terima kasih. MUHAMMAD BIN SUHAIMI 019 3977213 | Sila hubungi Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP melalui ketuanya Encik Azhar Mohamad Dora, di talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 14.04.2015 |
Rosdy Lainsin Apr 8th, 1:46am Salam. Bila nak datang unisel?? Buat la pertandingan mendeklamasikan sajak di unisel bestari jaya. | Sebarang program bahasa dan sastera diuruskan oleh Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran. Hubungi bahagian berkenaan melalui talian 03-21479000 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 08.04.2015 |
Yaya Ibrahim Apr 3rd, 10:42pm Assalamualaikum, Sekolah saya ada menghasilkan teater kanak2 dan sering menyertai pertandingan teater sekolah2 rendah..( SK Pandan Indah, ampang, selangor ) Bagaimana cara untuk saya mengetengah karya dan bakat murid2 dari sekolah saya di DBP. Adakah punya syarat tertentu? Saluran manakah yang perlu saya ikuti? Cikgu Yahaya Ibrahim Sk Pandan Indah, 55100 ampang, selangor. 0172860341 | Wa'alaikumussalam, Berkaitan dengan teater kanak-kanak, tuan boleh menghubungi Puan Nor Hidayah Ilyas di Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja melalui talian 03- 214799703 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 03.04.2015 |
Fred Zain Apr 1st, 3:23pm Assalamualaykum, Saya memerlukan buku bertajuk Ulum al-Hadith yang ditulis oleh Mohd. Muhiden Abd. Rahman dengan kadar segera. Boleh tak saya beli secara pos? | Tuan/Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih. | Lain-lain | 01.04.2015 |
Sharkawi Che Din Apr 30th, 1:54pm Assalamualaikum, Mohon dimajukan kepada pegawai yang berkenaan. Saya ingin bertanyakan penyata jualan 2014 untuk buku-buku seperti yang disenaraikan: Animasi 3D: Asas Membina Model dan Teknik Animasi (2006) Animasi dan Reka Bentuk Penerbitan Tingkatan 4 & 5 (2007) Animasi 3D (Cetakan ke 2: 2006) Terima kasih Dr Sharkawi Che Din | Kami tidak dapat memanjangkan soalan YBhg. Dr. kepada pihak berkenaan kerana tiada maklumat dalam ruangan "Maklumat Pelanggan". Mohon YBhg. Dr. menghubungi Azhar Mohamad Dora, Ketua Bahagian Pemasaran, DBP melalui talian 03-41012328 atau e-mel azhar@dbp.gov.my. | Lain-lain | 30.04.2015 |
Hafiz Al-Kalanji Apr 21st, 6:10pm Admin, saya kelulusan BA Sejarah Islam dari UM, dan skrg dlm pengajian master. Saya amat berminat utk bekerja di DBP. Tolong maklum pada saya sekiranya ada kekosongan yang sesuai | Borang permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my atau dapatkan daripada Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 21.04.2015 |
Zatie da Bez Apr 8th, 9:30am Hai DBP, boleh saya tau prosedur utk menerbitkan novel di DBP? Maaf, saya masih baru. Budak baru banyak yang tak tau. | Sila hubungi Bahagian Buku Sastera melalui Ketua Bahagian, YBhg. Datin Hajijah Jais di talian 03-21479000 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.04.2015 |
Mohd Rafie Kamaruzaman Apr 3rd, 7:35am Salam, Bulan April ini saya akan menerbitkan buku pertama saya bertajuk Rahsia Homestay. Saya sudah dapatkan ISBN dan kini tinggal dicetak sahaja. Boleh saya dapatkan maklumat lanjut untuk dana penulis? Terima kasih atas bantuan. Rafie | Kami mencadangkan tuan hubungi Jabatan Penerbitan DBP di talian 03-21479000/9534/9536 untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses penerbitan, manakala maklumat tentang dana penulis pula boleh diperoleh melalui Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479129. | Lain-lain | 03.04.2015 |