Bolehkah perkataan apresiasi digunakan untuk majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah peringkat sekolah. Di tulis di banner sebagai ganti majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah yang dilakukan di setiap sekolah pada akhir tahun. Contoh ayat. Majlis apresiasi peringkat sekolah Pemahaman saya, apresiasi lebih merujuk kepada seni. Sedangkan majlis ini bertujuan untuk meraikan kejayaan murid. | Apresiasi juga bermaksud penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu pihak. Berdasarkan maksud ini, Majlis Apresiasi tidak sesuai bagi merujuk majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah kepada pelajar. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Ada pihak menggunakan tema "Apresiasi Melestari Kecemerlangan". Dari betul dari segi penggunaan perkataan dan susunannya? | Tema "Apresiasi Melestari Kecemerlangan" adalah betul dari segi penggunaan perkataan dan susunannya. | Tatabahasa | 31.07.2011 |
Ada kesalahan atau tidak pada nama program "HARI APRESIASI KECEMERLANGAN" ? | Frasa yang betul ialah "HARI APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR" sesuai dalam konteks pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang cemerlang.
| Tatabahasa | 11.11.2019 |
Salam. Tuan, Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan perkataan 'Aspresiasi' bagi tajuk poster seperti di lampiran. Sekian. Terima kasih. | Pihak kami telah meneliti lampiran yang telah diberikan. Penggunaan perkataan "Apresiasi" tidak salah kerana membawa maksud "Penghargaan". Akan tetapi, kami mendapati terdapat kesalahan dari susunan ayat dan pemilihan perkataan. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan supaya digunakan ayat, "APRESIASI KHAS KEPADA WARGA PENTADBIRAN" atau "APRESIASI KHAS KEPADA STAF PENTADBIRAN". Selain itu, kami mendapati terdapat kesalah dari segi ejaan, iaitu PENYELARAS. | Lain-lain | 23.01.2017 |
bolehkah saya menamakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kpd mm dengan nama Majlis Apresiasi atau malis aspirasi?mana yang lebih sesuai | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud aspresiasi ialah penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya kepada seseorang atau sesuatu pihak. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud aspirasi ialah keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dan lain-lain ). Maka nama bagi majlis penyampaian hadian dan sijil yang lebih sesuai ialah Majlis Apresiasi | Tatabahasa | 06.10.2016 |
apakah yang dimaksudkan dengan asprisiasi?dan apakah perbezaan antara arpirasi dengan asprisiasi? | Ejaan yang betul ialah apresiasi. Maksudnya ialah (penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni. Manakala maksud aspirasi ialah aspirasi keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu). Harap maklum. | Makna | 07.08.2007 |
Selamat Sejahtera...Tuan Sulaiman Anekdot Mahasiswa, Aspresiasi Nusa... 1. Saya hendak bertanya bahawa perkataan Aspresiasi di atas wujud dalam Bahasa Melayu atau tidak..? 2. maksud Aspresiasi..? | Apresiasi bermaksud penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak. Penggunaan perkataan tersebut hendaklah bersesuaian dengan maknanya. | Makna | 11.07.2011 |
Salam. Saya seorang guru dari Sekolah Rendah Beacon di Singapura. Saya telah menggunakan 4 tajuk daripada Siri Sastera Melayu Kanak-kanak iaitu 1) Bercuti Bersama Nenek 2) Sepandai-pandai tupai melompat 3) Kanak-kanak Kampunhg Bahagia untuk program apresiasi sastera untuk murid-murid darjah 3 dan 4. Sekolah kami telah menjalankan program ini selama lima tahun . Setiap murid membeli buku-buku ini. Namun, tahun ini kami dapati kesemua tajuk tidak akan dicetakkan lagi. Kami berdukacita dengan kedudukan ini kerana kurikulum telah pun ditentukan untuk murid-murid kami dan nampaknya program berdasarkan buku-buku ini sangat memuaskan. Kami tidak mahu memadamkan program ini dan pasti memerlukan masa untuk mengubah program berdasarkan buku-buku lain. Jadi, adakah pihak Dewan Bahasa akan hentikan cetakan buku-buku ini? Bolehkah, pihak sekolah mencetak buku-buku ini sendiri untuk digunakan oleh pelajar sebagai bahan rujukan dan pembelaran hanya di sekolah? Sila hubungi saya secepat mungkin. Yang benar, Wan Alfida Suleiman Ketua Subjek, Bahasa Melayu Sekolah Rendah Beacon Singapura. | Waalaikumsalam, Untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara ini, mohon tuan hubungi Ketua Editor Bahagian Buku Sekolah di talian 03-21479550. | Lain-lain | 29.10.2014 |
saya sangat berminat dalam bidang penulisan. Dulu pernah menyertai Persatuan Penulis NS (PEN) dibawah bimbingan Mahaya Mohd Yassin, Zaharuddin Pilus dan Arshad Rawian. Malang sekali, saya menyambung belajar dan menetap di tempat lain. Kesibukan belajar membataskan saya untuk meneruskan minat tersebut. Walau bagaimana pun, kini minat yang begitu mendalam itu datang kembali dan saya ingin terus berkecimpung dalam bidang penulisan. Bagaimanakah jika saya ingin terlibat dalam bengkel-bengkel penulisan dan sesuatu yang berkaitan dengan penulisan kreatif? Harap dapat [penjelasan dari pihak DBP. Terima Kasih.. | Untuk makluman saudara, bengkel penulisan kreatif ditangani oleh Bahagian Pengembangan Sastera (BPS). Setiap tahun, lazimnya BPS merancang mengadakan bengkel penulisan mengikut genre yang berkaitan. Misalnya, pada tahun 2008, fokus BPs ialah pada penulisan cerpen; 2009, apresiasi puisi, dan tahun 2010, fokusnya ialah pada drama (kepada penulis yang telah menulis skrip/sedia ada skrip drama pentas). DBP akan mewujudkan satu Bahagian baharu, iaitu Bahagian Pembinaan Bakat, mulai (kemungkinan) pada Mei 2010. Oleh itu, saudara bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian tersebut untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 14.04.2010 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan Graduation..Adakah perkataan ini wujud kerana banyak sekolah yg menggunakan Hari Graduasi,Sijil Graduasi.Harap pihak DBP memberi penjelasan kerana yg wujud hanya perkataan graduan. Mungkin faktor pengaruh penggunaan Bahasa Inggeris(Graduation).Sekian, terima kasih. | Menurut data kami, tiada pembentukan kata bahasa Melayu bagi graduasi. Padanan kata graduation dalam bahasa Melayu ialah pengijazahan. Perkataan yang sesuai untuk mengantikan graduasi ialah apresiasi yang bermaksud 1. penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak. 2 pengiktirafan dan penghayatan nilai sesuatu karya sastera atau karya seni: Mereka berusaha memperluas kegiatan ~ seni di kalangan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Lain-lain | 12.11.2018 |