Salam. Apakah perbezaan di antara 'batu arang' dan 'arang batu'? Sekiranya sama maksudnya, yang manakah sesuai untuk penggunaan dalam sistem koding? Terima kasih. | Kedua-dua perkataan tersebut merupakan padanan coal dalam bahasa Melayu, namun perkataan yang lebih banyak digunakan kini ialah "arang batu". | Istilah | 09.10.2014 |
Assalamualaikum.. Soalan saya,apakah penjodoh bilangan yang tepat bagi soalan di bawah dan harap dapat penjelasan bagi jawapan yang dipilih. 1. Pak Mat menggunakan beberapa........ arang untuk membakar ikan.(puntung atau ketul) | Lazimnya digunakan seketul arang kerana bentuk arang itu yang telah dipecah-pecahkan daripada asalnya kepada bentuk yang lebih kecil. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejajar dengan hasrat pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk menaik taraf pekan Batu Arang sebagai Bandar Warisan dan pusat pelancongan bersejarah, pihak kami akan menukar papan tanda lama yang terletak di sekitar lokasi Batu Arang. Untuk makluman, papan tanda sedia ada di lokasi merupakan papan tanda dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan dikesan terdapat kesalahan bahasa (Rujuk Lampiran). Sehubungan dengan itu, kami memohon agar pihak DBP dapat membantu bagi alih bahasa ke Bahasa Inggeris yang tepat. Dilampirkan bersama senarai papan tanda untuk rujukan dan tindakan pihak DBP selanjutnya. Terima kasih. | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 28.01.2019 |
apakah maksud 'seperti enau ditarik songsang','seperti anjing menyalak bukit','seperti semut di tepi perigi','menangguk di air keruh'yang terakhir sekali'berpatah arang berkerat rotan' | Maksud peribahasa berpatah arang berkerat rotan ialah memutuskan tali persahabatan (persaudaraan). Untuk mengetahui makan peribahasa yang lain sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain dan Kamus Peribahasa Kontemporari yang di susun oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. Harap maklum. | Lain-lain | 19.06.2008 |
Saya ingin bertanya apakah istilah terjemah terbaik untuk biochar atau biological charcoal? Adakah saya boleh terjemah kepada arang biologi? Atau terus mengambil kata asalnya biochar? | Kami bersetuju dengan pandangan tuan untuk menterjemah biology charcoal kepada arang biologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.10.2014 |
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |
Assalamualaikum. Saya Amin. Soalan saya berkaitan dengan peribahasa "genggam bara api biar sampai jadi arang". Adakah peribahasa ini betul ataupun sebenarnya "genggam bara api biar sampai jadi abu"? Apakah asal-usul peribahasa ini, i.e. mengapakah nenek moyang kita menggunakan bara api sebagai metafora untuk peribahasa ini? Sekian, terima kasih. | Peribahasa yang betul ialah genggam bara api biar sampai jadi arang yang bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. Peribahasa tersebut tidak boleh diubah sewenang-wenangnya kerana peribahasa dibuat berdasarkan akal budi yang tinggi orang Melayu berdasarkan ilmu dengan alam persekitaran. | Penyelidikan | 15.01.2018 |
1.Apakah maksud "berpatah arang berkeratkan rotan" dan " lalang ditiup angin". terima kasih. | Makna lalang ditiup angin ialah pendirian yang tidak tetap. Untuk keterangan lanjut atau mengetahui takrifan peribahasa sela rujuk Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP. | Makna | 30.09.2009 |
ayat-ayat berikut betul? 1. kereta itu berhenti di tepi jalan kerana kehabisan minyak. 2. Arang itu diperalat oleh Amir untuk melukis gambar. 3. saya mempertajam pisau itu kerana tumpul. 4. Saya mempertajam pisau yang sudah tumpul itu. | Semua ayat yang dikemukakan oleh saudara betul. Terima kasih. | Lain-lain | 03.03.2007 |
adakah betul: saya mempertajam pisau itu kerana sudah tumpul. atau mempertajam pisau yang sudah tumpul itu. Arang itu diperalat oleh ali untuk melukis gambar. | Kesemua contoh ayat yang dikemukakan oleh saudara adalah betul Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkaitan ayat-ayat di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP. | Lain-lain | 05.03.2007 |