1. Apakah perkataan yang sesuai untuk "Ground Floor"? Aras 1 atau Aras Bawah? 2. Bagaimana dengan Aras di bawah Ground Floor? Sesuaikah "Aras B1"? | Ground floor- Dicadangkan penggunaan tingkat bawah. Namun demikian, bagi membantu, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Inggeris Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 06.08.2007 |
bagaimana hendak membezakan pgunaan 'aras' 'tahap' dan peringkat.? | 1. Aras bermakna a) Had tingginya sesuatu permukaan air dsb; paras; takat. Contoh ayat: Aras air sampai ke lutut dalamnya. b) Permukaan air. Contoh ayat: Kerana hujan lebat, aras air Sungai Gombak naik satu meter. 2. Tahap bermaksud had atau takat dlm sesuatu usaha (projek dll); Ia sinonim dengan peringkat; tingkat. Contoh ayat: Pemikirannya sudah sampai ke tahap yg begitu tinggi; 3. Peringkat bermaksud: a) Had yg dicapai dlm sesuatu usaha; susunan mengikut kemajuan yg dicapai; tingkat kemajuan; tahap. Contoh ayat: Kerja menanam padi itu dibahagikan kpd beberapa peringkat. b) Kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya: Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pd peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi. | Makna | 29.06.2015 |
Apakah perbezaan antara Pengkomersil dan Pengkomersialan? Adakah penggunaan istilah/tatabahasa bagi Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan, Aras 1, Pusat Komersil betul? | Untuk makluman istilah pengkomersialan (commercialization) bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang dan lain-lain untuk dijual beli. Istilah pengkomersial tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Pusat Perhubungan Perindustrian dan Pengkomersialan (Industrial Relation and Commercialization Centre). Pusat Komersial atau Pusat Perdagangan ialah padanan bahasa Melayu untuk Commercial Centre. | Istilah | 23.05.2011 |
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih. | KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). | Ejaan | 21.09.2018 |
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengah hari Aras 2, Tempat Letak Kereta Pasar Raya Giant, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir! | Penggunaan bahasa dalam iklan ini betul, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk tujuan pengesahan bahasa dalam iklan. | Lain-lain | 04.04.2014 |
Contoh 1 Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. (u.p: Encik Noor Azman Bin Abdul Rahman) Tuan, Contoh 2 Yang Berbahagia Datuk Seri Zainol Bin Othman Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri Aras 2, Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. Y.Bhg. Datuk Seri, Contoh 3 Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Tingkat 4-8, No.88, Menara PERMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200 KUALA TERENGGANU. Gelaran sapaan..? Datuk Bandar @ Tuan, | Untuk contoh 1, sapaan yang digunakan jika merujuk kepada Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, ialah Tuan. Untuk contoh 2, sapaan yang digunakan tidak ada kesalahan. Akan tetapi, ejaan perlu dibetulan iaitu, YBhg. Datuk Seri. Manakala untuk contoh 3, pada kebiasaannya, pihak DBP akan menyertakan nama Datuk Bandar tersebut dalam penulisan surat rasmi. Kemudian daripada nama tersebut barulah sapaan dapat ditentukan. Jika Datuk, akan digunakan YBhg di permulaan nama, jika sebalik sapaan yang digunakan ialah Tuan. 1"> | Lain-lain | 27.10.2016 |
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengahari Aras 2, Car Park Pasaraya Giant, Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir! | 1. Sila betulkan ejaan: TENGAH HARI, PASAR RAYA dan KOMERSIAL. 2. Sila pinda Car Park kepada Tempat Letak Kereta Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 02.04.2014 |
Apakah terjemahan bagi 'elevation'? Satu sumber yang telah saya rujuk memberi terjemahan sebagai 'pelan tegak aras tinggi'. Tk. | Tunku Noraidah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Jawapan yang Tunku dapat itu memang betul jika kita melihat istilah dalam bidang geografi atau ukur bahan. Manakala jika diterjemah secara terus ia bermakna n 1. act of moving to higher position, pengangkatan, penaikan, mengangkat, menaikkan; 2. act of causing to rise, penaikan, menaikkan; 3. act of making higher, peninggian; 4. act of appointing, pengangkatan; 5. (RC) pengangkatan; 6. height, a. (altitude esp above sea-level) ketinggian, aras tinggi: the hotel is located at an ~ of 3,000 metres, hotel itu terletak pd ketinggian 3,000 meter; b. position, tempat, kedudukan: this plant is found only at lower ~s, tumbuhan ini hanya terdapat di tempat yg kurang tinggi sahaja; c. place higher than surroundings, tempat tinggi: the memorial was built on a rocky ~, tugu itu didirikan di tempat berbatu yg tinggi; 3. (of style etc) ketinggian, kemulukan; 4. (archit) pelan tegak: front ~, pelan tegak depan; 5. (angle), (sudut) dongakan. | Istilah | 23.03.2009 |
KILANG PEMPROSESAN MAKANAN DAN MINUMAN | 1. Betulkan kepada KILANG MAKANAN DAN MINUMAM. 2. Untuk pengesahan iklan sila daftar iklan melalui dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan di Aras Bawah, Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Untuk mendapat pengesahan pengunaan bahasa bagi visual iklan | 1. Sila dapatkan khidmat pengesahan bahasa melalui laman web www.dbpsahbahasa.my atau hadir ke kaunter khidmat pengesahan iklan di Aras 25 Menara DBP. 2. Ayat yang tepat ialah PEMBEKAL PAM DAN PERALATAN SISTEM VAKUM 3. Busch (Malaysia) Sdn. Bhd. (Sdn. Bhd. - letak titik untuk singkatan) | Lain-lain | 18.09.2017 |