Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ca] | ارچا

Definisi : 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakai­an­nya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia ‘menyim­pan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipan­dang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasil­kan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek; mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit; pengarcaan proses menghasilkan arca;pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ca] | ارچا

Definisi : 1 patung yg dibuat drpd batu yg dipahat dan menyerupai bentuk sesuatu. 2 ist bayang spt yg dilihat pd cermin atau spt yg dilihat melalui kanta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arca


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara ayat-ayat di bawah, yang mana satu betul. 1a) Ali boleh menunggang basikal. 1b) Ali dapat menunggang basikal. 2a) Adik ada tahi lalat di pipi kiri. 2b) Adik mempunyai tahi lalat di pipi kiri. 3a) Arca yang menarik itu tercipta olehnya. 3b) Arca yang menarik itu dicipta olehnya.1a) dan 1b) - Kedua-duanya betul bergantung pada konteks penggunaannya. 2a) dan 2b) - Kedua-duanya betul. Tetapi yang lebih betul ialah 2a. 3b) betulLain-lain02.04.2009

Kembali ke atas