Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ari.ari] | اري٢

Definisi : bahagian bawah perut yg di bawah sekali (ke atas sedikit drpd kemaluan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ari.ari] | اري٢

Definisi : bahagian badan sebelah hadapan di antara pusat dgn kemaluan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ari-ari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera. aya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "kewajiban" dan "kewajipan". adakah kedua-duanya sama atau ade perbezaan apabila ingin menbuat ayat? harap pihak DBP dapat membantu.Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.Tatabahasa20.01.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/puan Saya ingin bertanya tentang beberapa perubahan dalam perkataan seperti memastikan (mempastikan), memaparkan (mempaparkan), memantau (mempantau) dan lain-lain. Adakah ini benar dan apakah perkataan -perkataan lain yang turut berubah dan apakah tujuannya. Terima KasihDalam bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s akan digugurkan huruf pertama apabila menerima awalan meN-  seperti yang berikut: m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi . Oleh itu, pasti menjadi memastikan, papar = memaparkan, pantau = memantau. Contoh lain: pesan =memesan, pukul = memukul, tari = menari, karang=mengarang, salin = menyalin. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. Tatabahasa24.07.2009
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012

Kembali ke atas