| apakah maksud perkataan indonesia JOMBLO,ARJUNA,PACAR | Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu Nusantara, jomlo bermaksud gadis tua, Arjuna bermaksud salah seorang daripada Pandawa lima atau lelaki yang dikasihi dan pacar bermaksud tumbuhan yang daunnya digunakan sebagai pemerah kuku, jari, rambut, dsb; inai atau teman lawan jenis yang tetap dan mempunyai hubungan cinta kasih; kekasih. | Makna | 02.10.2006 |
| Catatan minit mesyuarat: Disahkan oleh atau Dipengerusi oleh : (Apa yang betul?) _______________________________ ( ARJUNA @ HASSAN BIN MUSTAPHA ) Pengerusi, Panitia Bahasa Melayu, SK. Engkililili No.1. | Pada kelazimannya Pengerusi Mesyuarat yang akan mengesahkan Minit Mesyuarat, walau bagaimanapun catatan pada akhir minit ditulis "Disahkan oleh". | Tatabahasa | 30.09.2011 |
| sayembara..?????/ cth ayat....pls | Sayembara sama maknanya dengan pertandingan atau peraduan. Contoh ayat, Sayembara lagu puisi peringkat akhir akan diadakan pada minggu hadapan di DBP. Satu contoh ayat lagi ialah, Satu sayembara memanah telah dijalankan antara Seri Rama dengan Arjuna bagi menentukan siapakah yang berhak mengahwini Sita Dewi. | Makna | 09.11.2006 |
| Maksud serikandi dan cara penggunaannya | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), srikandi dikiaskan sebagai wanita yang banyak berjasa dan berjaya dalam sesuatu bidang. Contohnya: Beliau dianggap sebagai srikandi negara kerana banyak membantu memajukan ekonomi, politik dan sosial. Makna kedua srikandi ialah wanita yang gagah berani dan pandai bermain senjata serta handal seni pertahanan diri. Contohnya: Khabarnya anak buah Hang Tuah termasuk empat pahlawan terbilang yang lain serta beberapa orang srikandi akan bermain senjata. Makna ketiga bagi srikandi yang dilabelkan sebagai kata arkaik ialah isteri kepada Dewa Hindu yang bergelar Arjuna atau Dewa Rajuna. | Makna | 19.08.2025 |
| KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci? | Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad. | Tatabahasa | 11.11.2010 |