Assalamualaikum, Tuan saya ingin bertanya tentang anggaran jumlah kosa kata berikut yang dimuatkan dalam Kamus Dewan Perdana. 1. Kata arkaik 2. Kata klasik Terima kasih. | Waalaikumussalam, Anggaran jumlah kosa kata yang dimuatkan dalam Kamus Dewan Perdana: 1. Kata arkaik - 1310 kata 2. Kata klasik - 1537 kata Terima kasih. | Lain-lain | 01.08.2024 |
Adakah frasa "sejak dua menjak" boleh digunakan dalam bahasa Melayu atau hanya bahasa pasar? | Menjak merupakan perkataan arkaik yang bermaksud "mulai, sejak; semenjak". Perkataan arkaik bermaksud 1. kuno, sudah ketinggalan zaman; 2. sudah tidak lazim dipakai lagi (berkenaan kata, ungkapan, dan sebagainya). Maknanya, istilah tersebut sudah tidak lazim digunakan dan bukan perkataan bahasa Melayu standard. | Lain-lain | 29.09.2016 |
Assalamualaikum tuan, Saya ada dua (2) soalan seperti berikut: - 1) Saya ingin tahu maksud perkataan rekata dengan lebih jelas dan contoh ayat menggunakan perkataan tersebut. 2) Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat tentang perkataan arkaik dan senarai perkataan arkaik? Adakah sebarang buku diterbitkan? Sekian, terima kasih. | Perkataan rekata merupakan perkataan yang ditandai dengan arkaik dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang merupakan sejenis rasi, kala. Perkataan ini tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu dan data berhubung dengan penggunaan perkataan tersebut tidak dijumpai. Walau bagaimanapun, perkataan rasi merupakan sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur) | Lain-lain | 13.08.2018 |
Apakah Maksud mengakas | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan yang dikemukakan. Berikut ialah penjelasan ringkas berkenaan maksud perkataan tersebut. Menurut Kamus Dewan Perdana (2020), mengakas merupakan kata terbitan daripada akar kata kakas. Berdasarkan semakan yang telah kami jalankan, perkataan ini mempunyai homonim. Perincian takrifnya adalah seperti berikut: kakas1 كاكس [kɑ•kɑs] ark kt lihat mengakas mengakas مڠاكس [mə•ŋɑ•kɑs] [psf: dikakas, kakas] ark kt memaksa (seseorang) melakukan sesuatu kakas2 كاكس [kɑ•kɑs] Mn n garis-garis bekas kena kuku atau cakar binatang spt ayam, biasanya di atas tanah mengakas مڠاكس [mə•ŋɑ•kɑs] 1 ki Mn ktt bekerja keras tetapi hanya memperoleh hasil yg sedikit 2 Id kt (berkenaan ayam dsb) mencakar-cakar (tanah, pasir dll) utk mencari makanan Panduan: homonim: dua kata atau lebih yg mempunyai ejaan dan sebutan yg sama tetapi berlainan makna, mis daki kotoran) dgn daki (panjat). n: kata nama kt: kata kerja transitif ktt: kata kerja tak transitif ark: arkaik Mn: minang ki: kiasan Id: Indonesia | Makna | 03.06.2025 |