APAKAH PERBEZAAN ARKIB DAN MUZIUM? | Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. Berdasarkan makna dalam kamus perbezaan yang paling ketara ialah arkib menyimpan dokumen sejarah dalam bentuk teks dan tidak dipamerkan untuktontonanumum, tetapi muzium ialah bangunan khusus yang mempamerkan bahan-bahan sejarah. | Makna | 13.08.2008 |
Tuan, Jabatan Arkib Negara Malaysia (ANM) kini sedang dalam proses membangunkan aplikasi Online Finding Aids (OFA). Penggunaan OFA membolehkan capaian bahan arkib kini tersedia diakses oleh segenap lapisan masyarakat tanpa had waktu, tempat dan ketika. Penyelidik dalam mahupun luar negara boleh terus menggunakan OFA semasa melayari Portal ANM pada bila-bila masa. Portal ini akan disediakan dalam dwi bahasa bagi memudahkan penyelidik dari dalam dan luar negara. Namun pihak ANM perlu pengesahan daripada pihak tuan sama ada penggunaan nama aplikasi ini, Online Finding Aids (OFA), boleh digunakan terus dalam versi bahasa Melayu tanpa diterjemahkan. Mohon makluman dan pengesahan daripada pihak tuan. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. BASYARAH BAHALDIN PEGAWAI ARKIB SEKSYEN PANDUCARI ARKIB NEGARA MALAYSIA TEL:03-62090600 / 765 FAX:03-62014352 | Aplikasi baharu yang jabatan tuan bangunkan sama seperti kemudahan/khidmat yang DBP sediakan kepada pengguna tanpa batas masa dan wilayah geografi. Pengguna di seluruh dunia boleh akses kepada khidmat kami seperti Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Pangkalan Data Korpus dan Khidmat Nasihat DBP secara dalam talian. Dan walaupun penggunanya pelbagai bangsa dan merentas benua, tetapi kita perlu kekal dengan citra kebangsaan dengan memberi nama aplikasi tersebut dalam bahasa Melayu. Oleh itu, Online Finding Units perlu mempunyai padanan dalam bahasa Melayu kerana itulah bahasa rasmi negara. | Istilah | 10.01.2013 |
Di dalam Arkib Soalan didapati ayat " Saya melawat ke Zoo Negara "adalah betul. Tetapi mengikut kefahaman saya kata "melawat" ialah kata kerja transitif yang mesti disertai objek, bukannya kata sendi nama "ke". Kenapa "melawat ke Zoo Negara" dikatakan betul. Sila beri penjelasan | Saya melawat ke Zoo Negara adalah betul. Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Contohnya dalam ayat berikut; Ahmad mengembara ke Afrika bukannya Ahmad mengembara Afrika. Terdapat juga contoh yang tidak memerlukan kata sendi ke, "Zailan melawat saudaranya". Bahasa kita indah dan kadang kala tidak semua rumus boleh diterapkan dalam setiap aspek tatabahasa. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
merujuk kpd arkib soalan:kata kunci MEMOTONG jawapan no.9 'sudahkah........menyiapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam'tanya cikgu Tan kepada murid-muridnya. Antara pilihan jawapan kamu dan kalian. Jawapan DBP ialah kamu. Bukankah kalian lebih tepat kerana merujuk kepada murid-murid(jamak). | Benar, jawapan yang paling tepat ialah kalian. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
merujuk kepada arkib soalan No. 78:, saya ada kekeliruan: "Ramai" - kata bilangan ? kata adjektif yang menggambarkan keadaan? Sekiranya 'ramai' bukan kata bilangan, maka "ramai" orang adalah salah Terima kasih | Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi ayat tersebut. Ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan. Contohnya i. Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Ali. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. Contohnya banyak peserta yang telah menyertai kursus itu. | Lain-lain | 03.10.2010 |
Merujuk kepada arkib soalan No. 38. Para penternak lembu mengalami kerugian "akibat" penyakit kuku dan mulut yang menyerang ternakan mereka. Bukankah "akibat" patut digantikan dengan "kerana" ? atau "sebagai akibat"? Perkataan "akibat" ialah kata nama dan bukan kata hubung. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akibat bermaksud hasil atau keputusan daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya. Oleh itu perkataan akibat boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.10.2010 |
Hi, menurut Arkib Soalan anda, setiap perkataan dalam kata ganda harus dimulakan dengan huruf besar, misalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Majlis Raja-Raja Yang Di-Pertuan Negeri. Adakah ini masih betul? | Bukan setiap ganda yang harus dimulakan dengan huruf besar, tetapi kata nama khas. Dalam konteks ini contoh-contoh yang diberi ialah kata nama khas, oleh itu setiap awalan katanya berhuruf besar. | Tatabahasa | 04.12.2007 |
Setelah merujuk arkib soalan DBP saya mengetahui simbol ' disebut sebagai pengikat kata. macam mana pula dengan simbol ini " atau dalam bahasa Inggerisnya 'inverted comma'? | Dalam buku Gaya Dewan, m.s. 77, simbol (' ') disebut tanda petik tunggal yg biasa digunakan dlm ungkapan atau ayat yg sudah diapit tanda petik, simbol (" ") disebut tanda tanda petik, fungsinya mengapit cakap ajuk, mengapit judul rencana, karangan, puisi dsb, mengapit istilah ilmiah kata khusus | Lain-lain | 24.08.2007 |
Tuan, Arkib Negara Malaysia sedang dalam pembangunan Sistem OFA (carian bahan arkib). Salah satu jenis bahan yang dikelaskan dalam sistem ini adalah bahan yand diwujudkan secara digital seperti emel, slide powerpoint, mword dan lain-lain. Untuk makluman tuan buat masa ini, terma yang digunakan oleh ANM adalah born digital. Mohon padangan tuan berhubung terma bahasa Melayu yang boleh digunakan bagi menggambarkan kriteria rekod tersebut. Sekian. | Belum ada padanan born digital dalam sumber rujukan kami. Jika dalam bahasa Inggeris born digital dihuraikan sebagai relating to a document that was created and exists only in a digital format, maka frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada dokumen digital atau jika perlu diterangkan konsepnya, iaitu wujud dalam bentuk digital. | Lain-lain | 10.05.2013 |
adakah laman arkib soalan sudah ditutup? | Untuk makluman saudara medan arkib sedang dikemas kini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.09.2011 |