Ayat manakah yang betul? 1. Cikgu Loo memberikan penerangan tentang kehidupan dan habitat arnab kepada murid-muridnya. 2 Cikgu Loo memberikan penerangan kepada murid-muridnya tentang kehidupan dan habitat arnab. | Kedua-dua ayat betul. | Tatabahasa | 21.02.2012 |
Soalan asal: Sebelum kata bilangan (rujuk kata bilangan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga m/s 287), kata pemeri yang baku digunakan, "ialah" atau "adalah"?; dan mengapa? Sekian, terima kasih. Jawapan asal: Tidak perlu kata pemeri digunakan di hadapan kata bilangan contohnya harga barang itu dua puluh ringgit. Kata pemeri ialah diikuti oleh frasa nama, manakala kata pemeri adalah diikuti oleh frasa adjektif atau frasa sendi nama. Soalan balas: Saya faham peraturan asas yang ringkas berkenaan. Cuba teliti ayat di bawah. Adakah tuan/puan akan mencadangkan saya menggugurkan semua kata pemeri yang ada dalam ayat itu? Jika ya, saya masih mahu menggunakan kata pemeri (tidak mahu menggugurkannya) dalam ayat di bawah, oleh itu saya hendak tahu kata pemeri yang mana satukah yang baku digunakan, ialah atau adalah, kerana kata berikutnya ialah kata bilangan? Kucing dan arnab ialah/adalah sebahagian daripada haiwan perliharaan. Ayam ialah/adalah sejenis haiwan. Bilangan cuti yang diluluskan ialah/adalah dua hari. Yang dimaksudkan dengan perserta ialah/adalah semua peserta yang berdaftar secara rasmi. Sekian. | Pada dasarnya kata pemeri tidak perlu hadir sebelum kata bilangan. Walau bagaimanapun jika tuan hendak menggunakan kata pemeri sebelum kata bilangan, penggunaan yang betul ialah "ialah" seperti ayat: Kucing dan arnab ialah sebahagian daripada haiwan perliharaan. Ayam ialah sejenis haiwan. Bilangan cuti yang diluluskan ialah dua hari. Yang dimaksudkan dengan perserta ialah semua peserta yang berdaftar secara rasmi. | Tatabahasa | 11.10.2012 |
Salam tuan di talian, Adakah ayat di bawah betul penggunaan kata tanyanya. 1. (a) Berapa ekor arnabkah yang dipelihara oleh Danial? atau (b) Berapa ekor arnabkah yang dipelihara oleh Danial? 2. (a) Di manakah terletak kampung Danial? atau (b) Di manakah terletaknya kampung Danial? atau (c) Di manakah letaknya kampung Danial? Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah berapa ekorkah arnab yang dipelihara oleh Danial? | Tatabahasa | 19.07.2012 |