1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi? | Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya. Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa. Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena. Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi. Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll). | Makna | 07.02.2010 |
Apakah terjemahan untuk liquor dan spirit? Apakah perbezaan antara keduanya? | Dalam pangkalan data DBP, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "liquor", iaitu likuor, arak, minuman keras dan cecair. Padanan bahasa Melayu untuk "spirit" ialah spirit. Dalam bidang Farmasi, maksud yang diberikan untuk "spirit" ialah larutan alkohol atau hidroalkohol suatu bahan mudah meruap. Contohnya, spirit kamfor dan spirit ammonia aromatik. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, spirit bermaksud cairan yang mengandungi alkohol yang mudah menyejat atau terbakar. Dalam bidang Biologi, maksud likuor ialah 1. Cecair yang digunakan atau yang dihasilkan daripada beberapa proses. 2. Minuman alkohol yang diminum sedikit selepas makan. Oleh itu, padanan bahasa Melayunya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. | Istilah | 08.06.2016 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, pencarian istilah DBP menterjemahkan "asphalt" kepada "asfalt". Bukankah terdapat istilah "turap" yang kebiasaannya digunakan? (cth: jalan berturap). Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Saya juga ingin bertanya, yang mana lebih tepat: 1) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGAR esok; atau 2) mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut DIDENGARI esok. Terima kasih. | Waalaikumussalam... Menurut Istilah MABBIM daripada data kami maksud asphalt dari bidang geologi ialah asfalt. Maksud asfalt ialah dari bidang fizik dan geografi ialah: 1. bahan berbitumen yang berbentuk separuh pepejal, berlekit, berwarna hitam, dan terdiri daripada campuran alkana, hidrokarbon aromatik, dan sebatian hidrokarbon yang lebih kompleks. 2. Bahan perintang asid dalam cetak guris. Ayat yang betul ialah mahkamah telah menetapkan bagi perbicaraan tersebut didengari esok. Sekian terima kasih. | Istilah | 22.01.2018 |