Apakah padanan BM untuk article (undang-undang) selain daripada 'perkara'? Adakah 'barang'? | Ada pelbagai padanan makna "article" dalam bahasa Melayu. Selain bermaksud "perkara" dalam konteks undang-undang, article juga bermaksud "barang", rencana dan sebagainya yang boleh tuan/puan temui dalam kamus. Padanan bahasa Melayu ini boleh disesuaikan mengikut konteks ayat. | Makna | 20.04.2016 |
Apakah terjemahan 'box article' dalam bahasa melayu | "Box article" diterjemahkan sebagai kotak maklumat dalam bahasa Melayu dan selalulnya melibatkan industri kewangan. | Makna | 12.03.2020 |
Sama ada perkataan “steril” dalam peruntukan di bawah ini ialah padanan yang betul. “36. (2) Nothing in subregulation (1) shall prohibit the placing in food or in packages of such food— (a) any article for measuring the recommended quantity of food to be consumed, provided that such article is sterile. (2) Tiada apa-apa dalam subperaturan (1) boleh melarang daripada diletakkan dalam makanan atau dalam bungkusan makanan itu— (a) suatu benda bagi menyukat kuantiti makanan itu yang disyorkan untuk dimakan, dengan syarat bahawa benda itu adalah steril;”. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan steril membawa maksud terpelihara (bebas, bersih) daripada kuman atau hama. Oleh itu, perkataan steril boleh digunakan dalam kenyataan di atas. | Makna | 28.05.2021 |
Mohon khidmat nasihat dbp untuk tejemahan “integral practice” Contoh ayat: A Study of the Meaning of Integral Practice of the Religion Under Article 11 of the Federal Constitution | Kami mencadangkan "integral practice" diterjemahkan sebagai "amalan integral", "amalan kamiran" atau "amalan bersepadu". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.04.2022 |
Assalamualaikum. (1) Apakah maksud "sedekap"? (2) Manakah ejaan yang betul: "qiam" atau "qiyam"? Dan apakah maksudnya? Terima kasih. Sumber: http://al-fikrah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=149&Itemid=161 | Untuk makluman saudara, perkataan qiyam/qiam dan sedekap tiada dalam data PRPRM. Dalam data kami, hanya terdapat perkataan qiamullail yang bermaksud berjaga pada waktu malam untuk beribadat seperti bersembahyang sunat, berzikir, berdoa. | Ejaan | 21.04.2013 |
saya ingin bertanya, bolehkah DBP mewujudkan imbuhan baru untuk kata lawan bagi ber-? Seperti yang kita tahu, ber- mempunyai maksud 'memiliki' atau 'perbuatan persalingan' (daripada https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/129). Jika kita lakukan perbandingan bahasa ( Melayu & Inggeris) bagi maksud 'memiliki' ber(sifat), baju berlengan pendek = short sleeve shirt. Tetapi baju tanpa lengan = sleeveless shirt. berguna = useful, tidak berguna = useless. Banyak lagi perkataan bahasa Inggeris yang berakhir dengan -less, memudahkan komunikasi dan memendekkan jumlah perkataan dalam perbualan. Saya berharap agar penambahbaikan ini dapat dipertimbang kerana bahasa Melayu sepatutnya sudah wujudkan banyak istilah sains, berbanding menterjemah begitu sahaja. Terima kasih | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan imbuhan "ber-(be-, bel-) sebagai entrinya. Terdapat 30 pecahan makna yang berjaya diisih dan disusun secara teliti berserta contoh kata terbitannya. Maklumat tatabahasa juga diberikan sebagai panduan pengguna bahasa. Berikut adalah sebahagian daripada pecahan makna imbuhan tersebut: ber- (be-, bel-) awalan 1 secara umumnya, apb bergabung dgn kata dasar tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan, kegiatan, cara, sifat dll yg berkaitan dgn kata dasar tsb, mis berdayung, berjumpa, berdalih, bersosial, bermusuh, bergotong-royong, berdakwah, berbuat, golongan berada, cukai berbayar, berjalan berjengket-jengket membawa sekole kopi, dan Berenang mampu menurunkan berat badan; 2 apb bergabung dgn kata kerja, kata nama atau kata adjektif tertentu membentuk kata terbitan yg membawa maksud berada dlm keadaan yg berkaitan dgn kata dasar, mis berlapar, bercelup, bertulis, berhujan, berembun, bergelap, bergembira, berpantang, berbara, bercatu, belum berbasuh, bermuram durja, kain berjahit dan kayu bergergaji; 3 membawa maksud ada atau mempunyai, mis berduit, berkudis, bermuatan, berayah, berasas, berbeza, berhasrat, tiada berbanding, gula-gula berangin, selekoh berbahaya, pihak berkuasa, renang berirama, berhalangan, bertujuan, berfikiran, berperanan, dan berkaitan; 4 apb bergabung dgn kata tertentu membentuk kata terbitan yg menunjukkan perbuatan yg dilakukan pd diri sendiri, mis berdandan, bercukur, bersolek, bercermin, berdiang, berdiet, bergambar dan berjemur; Untuk mendapatkan keseluruhan pecahan makna imbuhan ini, pengguna disarankan memiliki Kamus Dewan Perdana. | Lain-lain | 24.06.2021 |
salam, saya pelajar PhD, Universit Teknologi Malaysia, ingin bertanya istilah seperti " (1) place making, (2) sense of Place, (3)governance (4) locality kalo hendak di tukar kepada bahasa melayu, .contoh article . | Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "place making" dan "sense of place". Istilah bahasa Melayu untuk "governance" ialah tadbir urus dan "locality" ialah ketempatan, kawasan atau tempat. | Istilah | 03.04.2014 |
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan/puan, permasalahan yang timbul adalah untuk menterjemahkan perkataan “keep”, “stowage”, “custody” dan “care”. Berikut dikemukakan teks sumber dan teks yang telah diterjemahkan untuk rujukan tuan/puan. Teks Sumber “Subject to Article VII, under every contract of carriage of goods by sea the carrier, in relation to the loading, handling, stowage, carriage, custody, care and discharge of such goods…” Teks Terjemahan “Tertakluk kepada Artikel VI, dibawah setiap kontrak pengangkutan barang melalui laut oleh pengangkut, berhubungan dengan pemuatan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan, penjagaan, pengawalan dan pemunggahan barang-barang itu…” 3. Walau bagaimanapun, terdapat kesukaran untuk menterjemahkan perkataan “keep” dalam peruntukan berikut kerana ia juga membawa maksud “menyimpan” yang sama maksudnya dengan “stowage”. Teks Sumber “Subject to Article IV, the carrier shall properly and carefully load, handle, stow, carry, keep, care for and discharge the goods carried.” 4. Sehubungan dengan itu, apakah padanan perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam terjemahan teks sumber di bawah bagi membezakan maksud perkataan teks sumber “stow” dan “keep”. | Berdasarkan soalan puan, padanan bahasa Melayu untuk "stow" ialah disimpan atau diatur muat manakala "keep" dipadankan dengan disimpan. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. | Makna | 25.10.2021 |
Salam, tuan/puan. Saya ingin dapatkan pengesahan daripada pihak PRPM mengenai hal berikut. Sila rujuk kepada tangkapan skrin yang disertakan. Menurut jawapan pihak PRPM, baginda hanya boleh digunakan untuk raja. Namun, menurut laman web berikut https://www.jpm.gov.my/ms/kategori/10-/1566-istiadat-mengucap-selamat-berangkat-sempena-lawatan-rasmi-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-dan-kdymm-seri-paduka-baginda-raja-permaisuri-agong-ke-republik-t%C3%BCrkiye KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri. Adakah penggunaan ini boleh diterima dan dianggap betul? Selain itu, menurut laman web berikut https://www.sinarharian.com.my/article/282334/berita/nasional/tembakan-di-bangkok-tmj-selamat-kongsi-detik-cemas Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Ibrahim digelar sebagai baginda juga, namun pada masa itu baginda belum dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Adakah penggunaan ini betul? Seterusnya, sila rujuk kepada laman web ini https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/27522/13170. Dalam ejournal ini, "baginda" digunakan untuk menggelar maharani. Adakah ia bermakna "baginda" boleh digunakan untuk Raja Permaisuri & Putera-puteri & Maharani? Harap pihak PRPM boleh terangkan penggunaan ini dengan lebih jelas. Sekian, terima kasih. | Untuk menjawab soalah tuan, saya merujuk Kamus Dewan Perdana dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014: Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya. Panggilan Hormat Diraja dalam Surat Pekeliling berkenaan hanya menyenaraikan gelaran dan panggilan hormat bagi sultan/raja. Oleh itu, kami beranggapan dalam hal penggunaan kata ganti nama diri sultan/raja panduan yang jelas ada dalam Kamus Dewan Perdana. Walau bagaimanapun, sekiranya ada garis panduan/pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak yang wewenang dalam hal ini seperti Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hal tersebut boleh diperakukan. Dalam Kamus Dewan Perdana, kata ganti nama "baginda" digunakan untuk raja, khalifah dan nabi. Dalam konteks negara kita baginda hanya digunakan untuk sultan atau raja yang memerintah negeri. | Lain-lain | 04.02.2024 |
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/ | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan. | Lain-lain | 16.08.2013 |