penggunaan bahasa SMS dan implikasinya terhadap bahasa Melayu (research articles) kalau ada. | Saudara Johanis, Untuk mendapatkan makalah tentang perkara ini saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 26.05.2010 |
Saya perlu menterjemah ayat ini kepada BM, namun saya tidak pasti jika ianya betul. "Use the slider below to preview different font sizes As you adjust the slider, the preview will update to show how font sizes will appear for articles with Reader Mode enabled. Find the most comfortable reading experience by moving the slider to your preferred setting." Ayat saya gunakan: Gunakan slider di bawah untuk melihat saiz teks berlainan Apabila anda mengalihkan slider, previu akan menunjukkan bagaimana saiz teks akan diperlihatkan dalam Mod Pembaca. Cari pengalaman membaca yang paling selesa dengan mengalihkan slider ke tetapan pilihan anda. | Kami mencadangkan terjemahan yang berikut sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan: Gunakan penyelak di bawah untuk melihat saiz fon yang berlainan. Apabila anda melaraskan penyelak, laporan saiz fon akan terpapar dalam mod pembaca. Dapatkan pengalaman membaca yang selesa dengan menggerakkan penyelak pada tetapan pilihan anda. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.08.2024 |
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dilahirkan oleh DBP pada tahun 1979. PPM terus memberikan perkhidmatan terjemahan dari dan ke dalam pelbagai bahasa modern serta khidmat nasihat terjemahan. Kursus Penterjemahan PPM-DBP pula telah dimulakan sejak tahun 1984 lagi. Justeru, pihak Urus Setia memohon agar aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan oleh PPM turut dikongsi bersama dengan mengaitkan laman web PPM : www.ppm-mta.org kepada laman web DBP. Terima Kasih, Urus Setia. | Untuk makluman puan, pihak kami telahpun menyediakan capaian kepada Laman Persatuan Penterjemah Malayia (PPM) sejak tahun 2006 dalam laman web utama DBP. Capaian kepada laman ini boleh dicapai di Rakan Web (articles&ArticleID=63">http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=63) di bawah perkara Maklumat Umum di sebelah kiri laman web rasmi DBP. | Lain-lain | 27.10.2009 |
Apakah usaha pengantarabangsaan bahasa Melayu yang telah dilakukan oleh DBP sehingga kini. | Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang dapat dikongsikan, sesudah penubuhan beberapa pusat pengajian Melayu, diputuskan bahawa perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaras kegiatan kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Majlis Antarabangsa articles&ArticleID=99&IID=">Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.Walaupun kini MABM sudah tiada lagi, usaha pengantarabangsaan tetap diteruskan dengan jalinan kerjasama pusat bahasa/universiti luar Negara. | Lain-lain | 10.04.2014 |
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/ | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan. | Lain-lain | 16.08.2013 |
Sekiranya tajuk filem, lagu atau buku bahasa Inggeris disebut dalam rencana bahasa Melayu, adakah tajuk tersebut ditulis mengikut tatabahasa bahasa Inggeris? Contohnya: filem "Hachiko the Dog" atau lagu "I'm for You", adakah tajuk-tajuk Inggeris sebegini ditulis dalam rencana Melayu mengikut huruf kecil/huruf besar yang sama dengan bahasa Inggeris? Mana yang betul - Saya menonton filem Hachiko the Dog atau, Saya menonton filem Hachiko The Dog Tajuk filem, lagu dan buku dalam bahasa Inggeris selalunya ditulis dengan huruf pertama huruf besar kecuali coordinating conjunctions, articles dan prepositions. | Penulisan nama filem bahasa Inggeris dalam teks Bahasa Melayu dikekalkan bentuk asalnya dan dieja condong (italic). | Ejaan | 09.11.2017 |
Saudara, Bolehkah saudara memberitahu Maklumat yang SAH tentang wayang kulie? Atau pun sebarang website yang sah? Kini saya sedang belajar di University di Taiwan, dan diminta membuat satu Assignment tentang wayang kulit di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat maklumat yang sah daripada sebarang web walaupun puas mencarinya. Harap saudara dapat menolong dalam persoalan ini. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Wayang kulit : warisan teater Melayu oleh Ainu Sham Ramli terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1996. 2. salampantaitimur.com/index.php?tag=melayu 3.www.kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html . 4.www.ask.edu.my/BM/ak_course_wt_dtl.asp | Lain-lain | 20.11.2007 |
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim- | Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya. Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
saya ingin tahu maksud telefon pintar | Selamat petang saudari Mila, Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article">http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar. | Makna | 15.10.2012 |
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara? | Salam sejahtera. Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah : a. MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa articles&ArticleID=99&IID=">Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa. Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini. c. Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah sebuah majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi. d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. | Lain-lain | 09.09.2008 |