APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL? | Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb). | Makna | 13.08.2008 |
jika saya memerlukan terjemahan tulisan jawi pada seuatu artifak milik keluarga, bolehkah pihak DBP membantu menterjemahkan ia? Pada objek tersebut tertulis 1291 dipercayai tahun objek tersebut digunapakai. Dan disebabkan ia mempunyai gaya penulisan yang tidak lazim pada saya maka saya memerlukan bantuan untuk memahami isi kandungannya. Terima Kasih, sekian. | Untuk makluman, tuan boleh membuat pertanyaan tentang artifak/manuskrip lama kepada Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Penyelidikan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui talian 03-21479000. | Lain-lain | 04.10.2019 |
Encik Azlan Assalam. Saya Azlan Ishak dari Galeria Perdana Pulau Langkawi. Dengan siapa saya boleh berhubung tentang terjemahan bahasa untuk maklumat artifak dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu? Ini maklumatnya : Window of Oppoturnity By Gerald Takawira From Zimbabwe Springstone This contemporary abstract sculpture by the Zimbabwean artist Gerald Takawira depicts the "Window of Oppoturnity" created by Tun Dr. Mahathir bin Mohamad for Malaysia during his 22 years as Prime Minister. The Window is supported by 5 colums, each of which represents one of the key infrastructures or policies created by Tun Dr. Mahathir during his tenure. Education and enlightenment of the people Physical infrastructure Legal system Racial and cultural harmony Stable and moderate foreign policy The 5 colums are also symbolic of the Tun Dr. Mahathir's outstretched hand as he holds the "Window of Oppoturnity" aloft. The "Seed" in the "palm of the hand" is the seed of development which is poised to burst through the "Window of Oppoturnity" The sculpture is carved from a single 8-ton block of 3.5 billion year old Springstone specially imported from Zimbabwe for the purpose. All the carving was done using only simple hand tools. No machine tools of any sort were used and the finished sculpture weight approximately 5 tons. Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian terima kasih. | Terima kasih tuan. DBP tidak lagi diamanahkan kerajaan untuk melaksanakan tugas penterjemahan. Tugas-tugas ini dialihkan amanahnya kepada Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Tuan boleh melayari pada laman seswang ini untuk tindakan susulan, iaitu http://www.itnm.com.my/ | Lain-lain | 16.01.2014 |
Saya ingin bertanya tentang... Bilakah Islam datang di Nusantara? | Ahli sejarah meletakkan awal kurun ke-15 sebagai tarikh Islam mula bertapak di Nusantara. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak yang menunjukkan umat Islam sudah menetap di Nusantara, lama sebelum wujudnya kerajaan-kerajaan Islam. Untuk maklumat lanjut dan tepat saudara boleh merujuk buku-buku sejarah atau makalah yang berkaitan dengan tajuk tersebut. | Lain-lain | 07.01.2011 |
Assalam Tuan, Saya keliru dalam menggunakan ialah dan adalah. Harap dapat tuan beri pencerahan. Disertakan teks di bawah. Terima kasih. Suhaimi. Rekabentuk kulit buku ini adalah artefak jumpaan batu nisan Aceh di Selangor. Nisan batu Aceh ini dijumpai di tapak Kampung Kedah, Kuala Selangor. (N 03° 22’ 095”- E 101° 17’ 692) Berdasarkan dari bentuk nisan batu Aceh ini adalah dari tipologi L. Pemilihan artefak ini sebagai gambar kulit depan buku adalah berdasarkan daripada keunikan bentuk dan motif batu nisan. Ini adalah bagi memaparkan nisan batu Aceh dari tipologi L kerana sebelum ini penerbitan berkaitan nisan batu Aceh umumnya memaparkan tipologi C. Paparan gambar batu nisan Aceh ini diambil secara insitu, seperti mana keadaan sebenar nisan batu Aceh di tapak. Secara visual gambar yang dipaparkan adalah tidak secara menyeluruh tetapi hanya menunjukkan dengan jelas bahagian puncak dan kepala nisan Batu Aceh yang mempunyai motif teratai. Bentuk dan keterangan lanjut mengenai nisan batu Aceh ini akan dipersembahkan dalam buku ini. | Berikut ayat yang telah dibetulkan penggunaan tatabahasa: Reka bentuk kulit buku ini ialah artifak jumpaan batu nisan Aceh di Selangor. Batu nisan Aceh ini dijumpai di tapak Kampung Kedah, Kuala Selangor (N 03° 22’ 095”- E 101° 17’ 692). Berdasarkan daripada bentuk batu nisan Aceh ini adalah dari tipologi L. Pemilihan artifak ini sebagai gambar kulit depan buku berdasarkan kepada keunikan bentuk dan motif batu nisan. Perkara ini adalah bagi memaparkan nisan batu Aceh daripada tipologi L kerana sebelum ini penerbitan berkaitan nisan batu Aceh umumnya memaparkan tipologi C. Paparan gambar batu nisan Aceh ini diambil secara insitu, seperti keadaan sebenar batu nisan Aceh di tapak. Secara visual gambar yang dipaparkan tidak secara menyeluruh tetapi hanya menunjukkan dengan jelas bahagian puncak dan kepala nisan batu Aceh yang mempunyai motif teratai. Bentuk dan keterangan lanjut mengenai nisan batu Aceh ini akan dipersembahkan dalam buku ini. Menurut tatabahasa bahasa Melayu kata pemeri hanya dua iaitu "adalah" dan "ialah". Dalam penggunaannya kata pemeri tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. | Tatabahasa | 07.04.2015 |