Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.tis.tik] | ارتيستيک

Definisi : 1. sangat indah (dikerjakan dsb dgn perasaan kesenian): ia gemar melihat benda-benda yg ~; 2. berasaskan (berkaitan dgn, me­nunjukkan, dsb) nilai-nilai seni: tanpa bantuan segala ini, sesebuah filem akan me­nge­cewakan dr segi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata artistik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ARTISTIKArtistik bermaksud sangat indah atau berasaskan (berkaitan dgn, menunjukkan, dsb) nilai-nilai seni.Makna20.02.2009
Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk penjenamaan semula bilik-bilik khas di sekolah saya. Contohnya untuk perpustakaan, makmal bahasa dan studio seni. saya agak teruja apabila mendengar perkataan gapura. adakah ia sesuai. contoh penggunaannya - gapura ilmu untuk perpustakaann, gapura linguistik untuk makmal bahasa dan gapura artistik untuk studio seni. Adakah ia sesuai? terima kasih.

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan gapura sebagai pintu gerbang (istana, kuil, dll); ~ ilmu ki institusi, pertubuhan, dll yg berjuang membina dan mengembangkan ilmu: ilmu sastera berkembang bukan sahaja dr ~ ilmu malah melalui gagasan persendirian. Berdasarkan takrifan tersebut, istilah gapura tidak sesuai untuk penamaan sebuah bilik.  

Istilah01.04.2010

Kembali ke atas