Salam hormat. Saya memerlukan bantuan berhubung terjemahan istilah berkaitan bidang Automotif. Terdapat kekeliruan di antara: 1.Penghidup Arus Tinggi 2.Pemula Arus Tinggi. 3.Pengengkol Arus Tinggi. dari teks sumber: High Curent "Starter". Adakah penggunaan terjemahan istilah bersaling kait atau mengikut keadaan spesifik. | Salam hormat. Tiada istilah khusus bagi perkataan "High Curent Starter" dalam data PRPM. | Istilah | 09.05.2015 |
Salam sejahtera Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "arus manusia"?Sekian, terima kasih. | Arus manusia boleh ditakrikan sebagai pergerakan manusia yang tidak putus-putus. Contohnya dalam ayat, Kamalia hilang dalam arus manusia yang ramai meninggalkan stadium. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
Saya agak keliru dengan penggunaan perkataan 'laju' bagi ayat sperti Budak itu hanyut dibawa oleh arus laju. Bolehkah perkataan laju digunakan untuk arus? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan arus dalam konteks ini yang melibatkan gerakan air atau udara, perkataan yang sesuai ialah deras. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990 Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000 Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 01.05.2008 |
Tuan, penggunaan imbuhan manakah di bawah adalah betul? 1) Dalam meniti arus kemodenan ini, ATAU 2) Dalam meniti arus pemodenan ini, Terima kasih. | Menurut data kami, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. | Makna | 14.01.2019 |
"Tenaga elektrik yang kita gunakan PADA setiap hari disebut arus elektrik." Adakah kata sendi nama "pada" mesti wujud dalam ayat di atas? Terima kasih. | "Tenaga elektrik yang kita gunakan PADA setiap hari disebut arus elektrik." - pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. "Pada" perlu hadir dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.06.2011 |
Mohd Yassin Mohd Yunus SEL 10.21 PTG CADANG ISTILAH Mungkin perlu juga digunakan sistem penggabungan dua perkataan untuk membentuk istilah baharu. Ini bagi menjadikan korpus perbendaharaan lebih sesuai dengan arus zaman. Contoh: 1. 'charging' = isirus; [isi] + [arus] Istilah 'cas' atau 'mengecas' dalam Bahasa Melayu bukan tidak ada. Cuma, maksudnya jauh dari yang selalu orang gunakan (menahan kaki orang berjalan/berlari dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh). 2. 'boarding' = naikapal; [naik] + [kapal] 'Boarding' atau 'board' dalam maksud sebenar Bahasa Melayu, selain "berasrama", "papan", "naik" dan "barisan", tidak mempunyai semantik yang cukup mendalam bagi maksud ayat "menaiki kapal". Dan memandangkan kapal adalah satu-satunya jenis kenderaan yang seseorang boleh 'board'/'boarding', maka mengapa tidak digabungkan saja, supaya penutur Bahasa Melayu tidak pula terkeliru dengan menggunakan perkataan tersebut untuk kenderaan lainnya. Contoh ayat: "Kamil mengisirus telefon bimbitnya di surau lapangan terbang, sebelum dia menaikapal." Saya ada beberapa cadangan istilah lain yang saya simpan bagi memperkaya lagi perbendaharaan kata bangsa kita. Saya senaraikan sebahagiannya: 1. 'tesat' ([temu] + [sesat]), yang bermaksud menemukan sesuatu dalam keadaan sesat (biasanya pengajaran/pelajaran). Tamsil guna: "Jaidi tesat di Kuala Lumpur, bahawa kebahagiaan yang dicarinya, ada di kampung halaman." 2. 'pedata' ([pesan] +[dalam] + [talian]), ya | Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan cadangan pembentukan istilah baharu yang tuan cadangkan. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang terlibat dengan projek pembentukan istilah. | Istilah | 17.10.2017 |
(1) Menurut kamus, memercikkan bermaksud menrenjiskan air. Apakah pula maksud kiasannya dalam frasa "memercikkan semangat"? (2) Tempias pula bermaksud percikan. Apakah maksudnya dalam frasa "menerima tempias arus globalisasi"? | Frasa “memercikkan semangat” boleh diterjemahkan kepada “menimbulkan/membangkitkan/mencetuskan semangat/marah/benci dan lain-lain. Manakala, frasa “menerima tempias arus globalisasi” pula bermaksud “mendapat/menerima sesuatu bencana/akibat daripada arus globalisasi”. | Makna | 19.06.2020 |
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TK | i. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
Betulkah menggunakan ayat dengan perkataan "Pengarusperdanaan" untuk tajuk | Puan Rahemah, Dari segi pembentukan kata, kata tersebut boleh dibentuk sedemikian, iaitu kata arus perdana mendapat imbuhan peN...an. Walau bagaimanapun, dari segi penggunaan dalam ayat atau sebagai tajuk adalah lebih baik digunakan dalam bentuk lain dengan mengekalkan frasa 'arus perdana'. | Ejaan | 06.05.2010 |