Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan berikut; 1) Emergency break glass 2) Direct current standby battery free maintenance(Contoh : 12 volt /7AH DC standby battery (free maintenance) Salam hormat Rita | 1. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Emergency break glass ialah Kaca Pemecah Keselamatan. 2. Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan Direct current standby battery free maintenance dengan mengikut contoh yang diberikan seperti berikut: Bateri Pengganti 12 volt/7AH Arus Terus (Penyelenggaraan Percuma) | Istilah | 25.04.2018 |
Cabaran dan tantangan terhadap bahasa Melayu dalam arus teknologi masa kini amat mencabar. Mohon pandangan dan pendapat tuan/puan bagaimanakah atau apakah langkah yang boleh/perlu diambil dalam usaha untuk membuanakan persuratan Melayu melalui teknologi maklumat dan komunikasi moden masa kini dan masa hadapan? Bagaimana aplikasi seperti facebook, twitter, youtube, web TV DBP dpt membantu dlm hal ini? Bagaimana perancangan E-BUana, E-Pendeta dan lain-lain pula? Mohon maklum bls pihak tuan/puan. Terima kasih. | Pada pandangan saya, semua bahasa menghadapi cabaran yang sama ekoran cetusan teknologi maklumat. Dalam konteks bahasa Melayu, pastinya lebih mencabar dan membimbangkan. Suka atau tidak, kita sebagai pendukung bahasa Melayu perlu menghadapi situasi tersebut dengan mengambil peluang menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dengan menggunakan medium baharu, khususnya media sosial. Oleh sebab itu, segala saluran media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya perlu dimanfaatkan bagi memastikan bahasa Melayu terus segar dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan zaman untuk menjadi bahasa moden, bahasa ilmu, dan bahasa budaya tinggi. Peringkat pembinaan ini sudah dimulakan DBP sejak beberapa dekad lalu dan akan berterusan selagi bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi negara. Usaha pembinaan bahasa Melayu oleh DBP sentiasa disemarakkan, terutamanya dalam bidang sistem ejaan, peristilahan, tatabahasa, perkamusan sebutan, dan laras Bahasa. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 13.03.2018 |