Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : harap(an); putus (berputus) ~ tidak mena­ruh harapan lagi (akan berjaya, memperoleh sesuatu, dsb), putus harapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asa I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin memastikan adakah soalan saya ini betul tatabahasanya. 1) Bermain sukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. 2) Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa. dan, yang mana satukah yang lebih tepat? terima kasih.Ayat kedua Bersukan, saya belajar untuk tidak berputus asa adalah betul.Tatabahasa29.06.2012
soalah 1 I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III - PASTI SALAH kerana patut hanya guna cantik belaka. Apakah bezanya untuk dan bagi dalam ayat I dan II? Soalan 2 Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?

1. I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya pabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV III -2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul?Bertegang urat bermaksud tidak mahu mengaku kalah atau berkeras. Putus asa bermaksud hilang harapan dan lazimnya disandarkan kepada orang itu sendiri. Oleh itu, jawapan yang betul ialah A. I sahaja.

2. Ibu bapa dan anak-anak perlu-memerlukan kasih sayang. Ayat ini betul, perlu-memerlukan bermaksud saling memerlukan.

Tatabahasa10.08.2011
adakah perkataan peraut wujud.sekiranya asa spa maksudnya.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata masukan yang terdapat ialah 'raut' yang bermakna sejenis pisau khas yang tajam untuk melicinkan (menajam, menghalus) rotan dan lain-lain.Makna12.02.2008
apakah maksud pesimis?Pesimis bermaksud bersikap mudah putus asa atau kecewa.Makna04.12.2012
apakah maksud pesimis?Pesimis bermaksud bersikap mudah putus asa atau kecewa.Makna04.12.2012
building tomorrow's leader's todaycadangan membina asa depan pemimpin hari ini, "pemimpin hari ini, membina hari esok"Lain-lain06.04.2007
I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya apabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. JAWAPAN yang diberikan dalam BUKU ialah B iaitu IV sahaja. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV Mengapakah IV salah, bukankah maksud ayat ialah abang masih belum pulang dengan menggandakan balik-balik? Ada guru yang menjelaskan bahawa I dan II salah kerana penggunaan untuk sepatutnya guna "bagi". Sebenarnya saya tidak dapat terima penjelasan tersebut.Ayat I betul kerana kata sendi nama untuk dan bagi dapat bervariasi (bertukar ganti) kecuali dalam keadaan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti dalam ayat Hadiah ini untukmu (bukan Hadiah ini bagimu). Ayat IV salah kerana balik-balik ialah bahasa percakapan yang bermaksud kerap melakukan perkara yang sama dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam situasi rasmi.Tatabahasa11.08.2011
Hanya sebilangan daripada ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu. Munsyi, saya nak kenal pasti dengan MUNSYI lagu sama asa ayat itu gramatis ? THXHanya sebilangan ahli lembaga pengarah yang menghadiri mesyuarat itu.Tatabahasa17.04.2012
Assalamualaikum dan Selamat pagi.. Saya merupakan graduat dari UPM yang mengambil jurusan Bec.Bahasa Arab dan Minor Komunikasi. Saya asa terlihat borang kekosongan jawatan di laman web DBP.Tetapi tidak menyatakan jawatan yang ditawarkan. Oleh kerana saya berminat untuk berkhidmat dengan DBP, Saya ingin bertanyakan satu soalan : apakah jawatan yang ditawarkan yang bersesuaian dengan bidang saya.Mualaikum salam wbt. Untuk makluman sdr, tiada kekosongan jawatan yang sesuai dengan kelayakan sdr buat masa ini. Sekiranya ada, kami akan mengiklankannya di akhbar tempatan dan akan juga memaparkannya di laman web DBP. Walau bagaimanapun, sdr boleh mengemukakan permohonan dari semasa ke semasa dan tempoh sah permohonan ialah setahun. Jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik sdr ialah Pegawai Perancang Bahasa Gred S41.Lain-lain08.08.2007
Kekeliruan penggunaan kata ganti tak tentu, mana-mana - untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu. Contoh soalan, "----------------peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi------------------yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. A. Apa-apa, bila-bila B. Siapa-siapa, mana-mana C. Mana-mana, siapa-siapa D. Berapa-berapa, siapa-siapa

Encik Paul,

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlm. 87):  kata ganti diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang. Kadang-kadang kata ganti nama diri tanya boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau untuk penegasan. Contohnya:

apa-apa:   Bawalah apa-apa yang ada.

mana-mana: Ambillah mana-mana yang anda suka.

siapa-siapa (sesiapa); Siapa-siapa pun boleh bersuara.

Oleh itu, berdasarkan keterangan di atas, ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

Siapa-siapa (Sesiapa) peserta yang terpilih dalam sesi latihan pada petang ini akan mewakili sekolah ke peringkat daerah. Bagi mana-mana yang tidak terpilih jangan berputus asa, cuba lagi. 

 

Tatabahasa28.02.2009
12

Kembali ke atas