Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sa/] | اسق

Definisi : padat, sesak; se~ nasi penuh mulut dgn nasi;berasak 1. = berasak-asak = berasak-asak­an berhimpit-himpit dan bertolak-tola­kan, berdesak(-desak), berjejal(-jejal): orang ~ menaiki bas; mereka ~ hendak membeli tiket; 2. berpindah, berengsot, bergeser: pagi tadi ia tidak ~ dr tempatnya; mengasak 1. mengisi dan menekan-nekan supaya padat, menjejal: pd masa dahulu, meriam diasak dgn sabut sebelum dicucuh; 2. mendesak, menolak (dan menghimpit): di belakang mereka orang ramai ~ ke hadap­an; 3. menganjak, memindahkan; 4. ki menimpakan (mengenakan) tekanan ke atas, mendesak, menekan: pertanyaan demi per­tanyaan ~ benak Matakob;diasak layu, dicabut mati prb sesuatu yg tetap dan tidak dapat diubah lagi; sbg ayam diasak malam prb tidak berdaya lagi; mengasakkan 1. memasukkan dan menekan-nekan supaya padat, menjejalkan: ~ kekabu ke dlm bantal; 2. mendesakkan: dia ~ dirinya di antara orang ramai yg berkumpul itu; asakan perihal mengasak, keadaan berasak-asakan, desakan: dlm ~ orang ramai yg tidak keten­tuan arah itu, percubaannya sia-sia sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa/] | اسق

Definisi : ; berasak berdesak-desak kerana sangat banyak orang di sesuatu tempat; berhimpit-himpit; berjejal-jejal: Orang ramai ~ hendak membeli tiket wayang. mengasak 1 mengisi dan menekan supaya penuh dan padat; memadatkan: ~ bantal. 2 menolak atau menyorong dgn badan; menghimpit; mendesak: Apabila orang di belakang ~, aku tersungkur ke hadapan. mengasakkan 1 memasukkan sesuatu dgn menekannya ke dlm bekas, sarung dsb: Ibu ~ kekabu ke dlm sarung utk dijadikan bantal. 2 menyorongkan (badan, diri) supaya dpt ke depan, ke luar dsb: Dgn susah payah, dia ~ diri agar dpt keluar dr dewan itu. asakan tolakan utk mengasak; desakan; himpitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan SelangorMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza.Makna09.02.2009
Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan. Tuan bagaimana untuk memperkemas ayat di atas?Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Bagi ayat majmuk jangan terlalu panjang, jika perlu bina dua ayat daripadanya.Tatabahasa13.06.2012
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pasar raya ini asak dengan orang ramai. 2. Saya suka berayun di atas buaian pada waktu senja. 3. Bandul jam ini beroleng-oleng tanpa hentinya. Terima kasih.Dari segi makna kata dalam ketiga-tiga ayat itu betul. Walau bagaimanapun kita jarang menggunakan perkataan asak bai maksud sesak dan padat dan begitu juga dengan perkataan beroleng-oleng. Kita lebih biasa dengan perkataan bergoyang-goyang bagi maksud beroleng-oleng.Tatabahasa09.07.2012
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012

Kembali ke atas