yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |
"Perbincangan dalam Bab Dua dijadikan landasan asal hukum kepada perbincangan Bab Tiga ". Betulkah penggunaan "asal hukum" di sini? terima kasih. | Frasa 'asal hukum' bermaksud mulanya hukum. Frasa 'asal hukum' boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Istilah | 02.02.2011 |
Asal - usul (etimologi) istilah gelemaca dan gelemair. Adakah ia singkatan dua perkataan, hasil pembinaan istilah DBP atau memang wujud dalam kosa kata Melayu sejak sekian lama? | Tidak ada maklumat tentang etimologi kata lebih-lebih lagi istilah dalam pangkalan data kami. Melalui rujukan kami juga tidak ada perkataan gele atau gelem untuk membuktikan kata ini dibina daripada dua kata berasingan. Jika tuan berminat untuk membuat kajian, sila berhubung terus dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP. | Istilah | 15.03.2018 |
Asal perkataan 'prestasi'. | Perkataan "prestasi" berasal daripada bahasa Inggeris. | Istilah | 03.03.2015 |
asal tak leh buka? | Soalan saudara tidak jelas, sila hubungi kami semula. | Lain-lain | 29.06.2010 |
asal usul bahasa melayu, bahasa melayu kuno & klasik | Sila buat ruujukan di perpustakaan berhampiran atau Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Harap maklum. | Lain-lain | 04.06.2008 |
asal-usul bahasa melayu,ciri-ciri serta fungsinya? | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu abad ke 16 Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1991 2. Bahasa Melayu An Introduction To Malay Language And Culture Siti Rosnah Haji Ahmad Golden Book Centre Sdn. Bhd. 2001 . 3. Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat Collins, James T Yayasan Obor Indonesia 2005 . 4. Bahasa Melayu Sedekat Lalu Prof.Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim Dewan Bahasa dan Pustaka 2004 | Lain-lain | 13.09.2007 |
Asal nama Dewan Bahasa & Pustaka | Dewan Bahasa dan Pustaka atau nama asalnya, Balai Pustaka yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, Johor. | Lain-lain | 20.06.2007 |
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kira | Perkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 05.01.2007 |
Yang manakah antara berikut adalah benar?mengapa? a) Semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. b) semua orang boleh pergi asal kuat semangat sahaja. | Ayat yang lebih persis ialah semua orang boleh pergi asal sahaja kuat semangat. Perkataan "asal sahaja" di sini bermaksud dengan syarat. Oleh itu perkataan "sahaja" hendaklah diletak selepas "asal" untuk membawa maksud dengan syarat. Walau bagaimanapun, ayat (b) boleh digunakan tetapi membawa makna yang berbeza sedikit. Perkataan "sahaja" di sini bermaksud "hanya" , iaitu hanya dengan kuat semangat, semua orang boleh pergi. | Makna | 17.02.2010 |