Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal ada

Puisi
 

Pondok menjadi bangsal,
     Bangsal ada di hujung desa;
Usul menunjukkan asal,
     Bahasa menunjukkan bangsa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin tahu perkataan melayu asal ada berapa dan apakah perkataan itu?Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lenjut berkaitan soalan ini, saudara boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan dan juga Buku Susur Galur Bahasa Melayu tulisan Asmah Ahji Omar. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain21.12.2006
Istilah Canselerikamus DBP merakamkan kata canseleri, iaitu pejabat canselor atau bangunan pejabat canselor. amalan di UM tu betul dah. Isu yang timbul jika ada canselor mengapa tidak pejabatnya canselor? Apabila diperhalusi kami menerima perkataan Canselori dalam bahasa Melayu berasakan kepada pembentukan kata Canselor. jika Chanceller diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Kata Chancellory dan Chancellery dianggap varian dalam bahasa Inggeris. Varian yang dianggap lebih baku ialah "chancellery". Dengan demikian padanan bahasa melayu yang diterima sebagai baku ialah 'Canseleri'. kedua-dua perkataan tersebut mematuhi Pedoman Umum pembetukan Istilah dan juga Pedoman Umum Ejaan Rumi. Bahasa kita kan dinamik, pendapat baru boleh kita terima asal ada kewajarannya.Tatabahasa17.07.2014
Mohon bantuan , yang mana betul / betulkan ayat ini jika ada kesilapan: 1. Dokumen asal telah disemak dan salinan ini disahkan benar atau 2. Dokumen asal telah disemak dan disahkan salinan ini adalah benar Terima kasihAyat yanga gramatis ialah "Dokumen asal telah disemak dan salinan ini disahkan benar".Tatabahasa27.06.2012
Apakah tiga perkataan asal Bahasa Melayu sebelum wujudnya bahasa Melayu yang ada sekarang ini?

Saudara perlu membuat kajian lanjut untuk membuktikan bahawa dakwaan saudara (ada tiga kata asal) itu benar. Mungkin persoalan itu sekadar suatu teka-teki yang tidak berhujah. Sila buat rujukan melalui buku-buku mengenai asal-usul bahasa Melayu di Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu DBP atau di perpustakan yang berdekatan dengan saudara.

Lain-lain19.05.2009
Assalamualaikum. Adakah perkataan "bitara" dipinjam daripada mana-mana bahasa ataupun perkataan baru yang diterbitkan Dewan Bahasa? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan di bawah entri "bitara" hanya menerangkan maksudnya tetapi tidak ada asal kata tersebut. Oleh itu, saudara perlu membuat rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Istilah30.08.2009
Salam sejahtera. Adakah biri-biri dan kura-kura dikategorikan sebagai kata ganda yang terdiri daripada kata dasar biri & kura? Terima kasih.Kura-kura, obor-obor dan kunang-kunang ialah kata nama yang terdiri daripada kata ganda seluruh. Tidak ada asal kata bagi kata ganda ini seperti kata ganda yang lain.Tatabahasa24.12.2012
Ada sesiapa yang mengetahui asal usul perkataan "sanubari"?

Salam sejahtera,

Sanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dalam hati atau batin. Tiada maklumat secara terperinci mengenai asal usul perkataan sanubari dalam sumber rujukan kami.

Lain-lain05.11.2012
Terima kasih atas respons pihak tuan untuk soalan tentang Kata Adverba yang saya ajukan tempoh hari yg lepas. Namun, sebenarnya saya masih belum mendapat jawapan yang betul2 boleh menjawab soalan saya mengenai empat jenis kata adverba, jati, asal adjektif, asal kata kerja dan gandaan yang menerangkan kata nama dan frasa nama secara spesifik. Contoh seperti yang pihak tuan kemukakan memang ada di dalam Tatabahasa Dewan tetapi hanya untuk contoh yang umum di bahagian pengenalan sahaja. Bagaimana dengan spesifik? Tatabahasa Dewan hanya menyatakan seperti yang berikut : a) Kata Adverba jati menerangkan Kata Kerja, Kata Adjektif, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. b) Kata Adverba asal Kata Adjektif menerangkan Kata Kerja, Kata Adjektif dan Frasa Sendi Nama. c) Kata Adverba asal Kata Kerja menerangkan Kata Kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. d) Kata adverba bentuk gandaan menerangkan kata kerja, kata adjektif dan frasa sendi nama. Keempat-empat spesifikasi ini langsung tidak menyebut tentang kata nama atau frasa nama. Boleh jelaskan berserta contoh? Terima kasih.Solan tersebut telah dijelaskan dalam jawapan yang lalu, iaitu ayat Hari jadinya ialah hari esok merupakan contoh adverba (esok) yang menerangkan kata nama (hari). Seperti yang diketahui, kata adverba boleh hadir sebelum atau selepas kata/frasa yang diterangkan. Untuk makluman tuan, adverba ialah tajuk baharu yang dimasukkan dalam buku Tabahasa Dewan, Edisi Ketiga. Berkemungkinan penjelasan tentang adverba akan diperbanyak dalam terbitan buku tatabahasa yang akan datang.
Tatabahasa28.01.2016
Assalamualaikum.. saya,pelajar Institut Perguruan llmu Khas ingin menanyakan pihak tuan tentang sastera melayu iaitu berkenaan cerita rakyat..saya ingin mengetahui sama ada koleksi asal cerita rakyat seperti Lebai Malang,Pak Pandir dan Pak Kaduk ada dalam simpanan pihak tuan ataupun tidak..Ini kerana pada akhir tahun ini kami akan mengadakan satu pementasan tentang cerita-cerita tersebut.Macam mana saya boleh dapatkan cerita asal tentang tajuk-tajuk cerita tersebut..Sekian.Sila dapatkan buku "Cerita Jenaka Melayu" terbitan Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur. Untuk rujukan pihak saudara/saudara boleh meminjamnya di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, KL.  Lain-lain26.02.2008
Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan yang ingin dikemukakan: 1. saya terjumpa perkataan 'ambisius' dalam sebuah teks. saya cari makna 'ambisius' dalam kamus, tapi tiada. apakah makna 'ambisius' yang sebenarnya? adakah sama seperti ambitious? 2. jari-jemariku ATAU jari jemariku 3. asal-usulnya ATAU asal usulnya sekian, terima kasih.

1. Perkataan ambisius tidak ada dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami perkataan ambisius ini diambil daripada perkataan bahasa Inggeris ambitious tetapi padanan dalam bahasa Melayunya ialah bercita-cita atau mempunyai cita-cita.

2. Ejaan yang betul ialah jari-jemariku dan asal usulnya.

Tatabahasa20.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas