Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pokok pangkal; asal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makna perkataan UNSURI dan AKTUALUnsuri ialah kata sastera lama yang bermaksud berkaitan dengan unsur (asal mula dll), manakala aktual bermaksud yang sebenarnya.Makna19.06.2010
Perluasan makna perkataan lembagaDalam Kamus Dewan, Edisi Keempat lembaga ditakrifkan dengan pelbagai maksud, iaitu  1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu);  2. bentuk yg mula-mula (yang asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yang kurang jelas rupanya); 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan); sila rujuk juga Kamus Dewan Edisi Ketiga untuk mencari peluasan makna (jika ada) bagi kata lembaga.Makna16.09.2009
Apakah perbezaan antara mula dan mulai?Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ;  2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini.

Mula pula ialah asalmula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari?
Makna18.02.2013
Apakah beza antara apabila dan kerana.

Tuan,

Apabila: kata penghubung ayat yg bererti pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu.

Kerana: merupakan kata tugas; sinonim dengan  lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal+mula.">asal mula.,

Istilah22.08.2011
APA MAKNA CIKAL BAKAL?TIADA DALAM KAMUS DEWAN. DALAM WIKIPEDIA DAN KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA ERTINYA (i) NENEK MOYANG/ASAL USUL/SESEPUH/KETURUNAN/LELUHUR CONTOH: CIKAL BAKAL ORANG SRIVIJAYA (ii) PENDIRI/PENGASAS/ORANG YANG MULA-MULA MENDIRIKAN DESA/NEGARAMakna15.04.2011
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang

Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan.

Lain-lain21.02.2010
Salam hormat. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'CIKAL BAKAL" di dalam ayat Bahasa Melayu, memandangkan perkataan CIKAL BAKAL tiada di dalam kamus Dewan Bahasa. Adakah perkataan CIKAL BAKAL wujud di dalam kesusteraan Bahasa Melayu? Mohon nasihat tuan dalam hal ini. Terima kasih.Perkataan tersebut tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Empat.

Dalam Wikipedia dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Cikal Bakal bermaksud
 i) NENEK MOYANG/ASAL USUL/SESEPUH/KETURUNAN/LELUHUR
 CONTOH: CIKAL BAKAL ORANG SRIVIJAYA
(ii) PENDIRI/PENGASAS/ORANG YANG MULA-MULA MENDIRIKAN DESA/NEGARA.

Tatabahasa08.10.2012
Bolehkah beri maksud bagi peribahasa di bawah ini, kerana saya sudah cari banyak buku rujukan atau peribahasa tetapi masih tidak dapat cari... 1 kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari 2 dendam tak sudah 3 ambil mudah 4 merak mengigal di hutan Terima kasih.

Sdr. Gan,

1. maksudnya- jika berkasih sayang biarlah daripada mula kita bercinta hinggalah ke akhir hayat. bukannya sampai separuh jalan berpisah.

2. bermaksud seseorang yang berdendam dengan seseorang dan tidak mahu pula memaafkannya sampai bila-bila

3. Melakukan sesuatu kerja dengan tidak mahu berfikir panjang, asal siap sudah

4. yang ini saya pernah dengar tetapi pada ketika ini masih belum dapat berikan maknanya.

Makna01.12.2010

Kembali ke atas