Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. salasilah, asal keturunan (sese­orang); 2. peringkat awal atau permulaan: ahli sains yg cuba mengkaji ~ manusia; 3. sebab yg mula-mula, punca: ~ pertikaian yg berlarutan; mengasalusulkan menghuraikan asal usul: kisah yg ~ raja-raja Kedah yg tersebut dlm Hikayat Merong Mahawangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : asal keturunan, salasilah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : asal keturunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kaliEjaan yang betul ialah:
1. asal usul 
2. sosioekonomi 
3. temu ramah, menemu ramah 
4. temu bual
5. barangkali
Ejaan04.08.2014
asal usul bahasa melayu kuno asal usul bahasa melayu klasik asal usul bahasa melayu moden

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa.  Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Lain-lain03.03.2009
Asal usul bahasa Melayu

Asal usul bahasa Melayu boleh ditelusuri melalui sejarah panjang perkembangan bahasa dan budaya di rantau Nusantara. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dalam rumpun Austronesia, iaitu keluarga bahasa yang digunakan di kawasan Asia Tenggara, Pasifik, dan sebahagian Madagascar.

Berikut merupakan beberapa buku yang membincangkan asal usul bahasa Melayu, termasuk sejarah dan perkembangan awal bahasa tersebut:

  1. "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Buku ini memberikan gambaran komprehensif mengenai perkembangan bahasa Melayu dari zaman purba hingga moden.

 

  1. "The Malay Language: Its Origin and Development" oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad
    • Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
    • Buku ini mengkaji asal usul bahasa Melayu dan perkembangannya dalam konteks sejarah dan budaya.

 

  1. "Language and Society in the Malay World" oleh Peter G. Schmid
    • Penerbit: NUS Press
    • Buku ini membincangkan tentang bahasa Melayu dalam konteks masyarakat dan sejarah di kawasan Nusantara.

 

  1. "Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago" oleh Peter Bellwood
    • Penerbit: ANU Press (Australian National University Press)
    • Buku ini meneliti migrasi awal manusia ke kawasan Asia Tenggara, termasuk perkembangan awal bahasa Melayu.
Lain-lain09.09.2024
Mana satu ayat yang betul. "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan Cikgu Amran kepada murid-muridnya. atau "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan cikgu Amran kepada murid-muridnya.Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama. Untuk makluman, ayat yang diberikan adalah betul. Walau bagaimanapun, ejaan yang betul ialah asal usul bukan asal-usul.Tatabahasa09.11.2013
Selamat sejahtera, apakah asal-usul perkataan 'harey'? Adakah ia merupakan dialek bagi mana-mana negeri di Malaysia?Untuk makluman tuan, perkataan dan asal usul "harey" tiada dalam data kami. Perkataan tersebut merupakan bahasa slanga, iaitu kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku yang biasanya digunakan dalam percakapan tidak rasmi oleh golongan tertentu. Lain-lain05.07.2021
Apakah asal-usul ungkapan "kepala bana"?
Untuk makluman tuan, perkataan dan asal usul "kepala bana" tiada dalam data kami. Perkataan tersebut merupakan kata/slanga yang terlarang/bahasa kesat yang digunakan dalam percakapan harian.  
Tatabahasa31.12.2020
ulaskan asal usul perkataan melayu

Mohon rujuk buku-buku yang disertakan bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan.

 

  1. "The Malay Civilization" oleh Mohd Arof Ishak
    • Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    • Buku ini mengupas sejarah asal usul orang Melayu dari segi budaya, masyarakat, dan tamadun yang berkembang di Kepulauan Melayu.

 

  1. "Tamadun Alam Melayu" oleh Mohd Yusoff Hashim
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Buku ini menyelidiki tamadun dan asal usul masyarakat Melayu melalui kajian sejarah dan arkeologi.

 

  1. "Sejarah Melayu" (Sulalatus Salatin) oleh Tun Sri Lanang
    • Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
    • Versi lain mungkin diterbitkan oleh penerbit yang berbeza.
    • Ini adalah salah satu naskhah klasik yang penting dalam memahami sejarah orang Melayu, walaupun ia lebih berbentuk hikayat, tetapi memberi gambaran tentang asal usul dan keagungan kerajaan-kerajaan Melayu.

 

  1. "The Malays: Their Problems and Future" oleh Syed Husin Ali
    • Penerbit: The Other Press
    • Buku ini mengkaji asal usul orang Melayu dari sudut pandang sosial, ekonomi, dan politik.

 

  1. "Asal Usul Melayu: Menulis Semula Sejarahnya" oleh Mohd Arof Ishak
    • Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    • Buku ini membincangkan teori-teori mengenai asal usul orang Melayu dan peranan mereka dalam perkembangan tamadun di rantau ini.
Penyelidikan08.09.2024
Tuan/Puan, Mohon diterjemahkan perkataan ini. Traceability origin of pepper Jong Chian LaiTerjemahan bahasa Melayu  yang dicadangkan ialah:  Asal-usul lada yang dapat dikesan atau maklumat asal-usul lada yang dapat dikesanPenyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Salam Sejahtera, Nak tanya ada tak Dewan Pustaka menerbitkan buku “ Sejarah Tamadun Alam Melayu” yang berjudul Asal-Usul Melayu Induknya Di Alam MelayuDewan Bahasa dan Pustaka tiada menerbitkan buku yang bertajuk Asal-Usul Melayu Induknya di Alam Melayu. Tuan boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mencari bahan atau rujukan.Lain-lain13.03.2014
Saya ingin tahu asal usul & makna kalimah "tuan tanah kedaung". Apa sebenarnya "kedaung" itu? Pohon petai?Makna "kedaung" dalam Kamus Dewan ialah sejenis tumbuhan (pokok) yang boleh dibuat ulam dan ubat, atau disebut jua beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur. Untuk mengetahui asal usul perkataan sila rujuk buku atau hasil kajian yang dibuat tentang tumbuhan tersebut.Makna21.06.2009
12345678910...

Kembali ke atas