yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |
asal usul bahasa melayu kuno asal usul bahasa melayu klasik asal usul bahasa melayu moden | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 03.03.2009 |
Asal usul bahasa Melayu | Asal usul bahasa Melayu boleh ditelusuri melalui sejarah panjang perkembangan bahasa dan budaya di rantau Nusantara. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dalam rumpun Austronesia, iaitu keluarga bahasa yang digunakan di kawasan Asia Tenggara, Pasifik, dan sebahagian Madagascar. Berikut merupakan beberapa buku yang membincangkan asal usul bahasa Melayu, termasuk sejarah dan perkembangan awal bahasa tersebut: 1" style="list-style-type: decimal;"> - "Sejarah Bahasa Melayu" oleh Asmah Haji Omar
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini memberikan gambaran komprehensif mengenai perkembangan bahasa Melayu dari zaman purba hingga moden.
- "The Malay Language: Its Origin and Development" oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad
- Penerbit: Penerbit Universiti Malaya
- Buku ini mengkaji asal usul bahasa Melayu dan perkembangannya dalam konteks sejarah dan budaya.
- "Language and Society in the Malay World" oleh Peter G. Schmid
- Penerbit: NUS Press
- Buku ini membincangkan tentang bahasa Melayu dalam konteks masyarakat dan sejarah di kawasan Nusantara.
- "Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago" oleh Peter Bellwood
- Penerbit: ANU Press (Australian National University Press)
- Buku ini meneliti migrasi awal manusia ke kawasan Asia Tenggara, termasuk perkembangan awal bahasa Melayu.
| Lain-lain | 09.09.2024 |
ulaskan asal usul perkataan melayu | Mohon rujuk buku-buku yang disertakan bagi mendapatkan maklumat yang berkenaan. 1" style="list-style-type: decimal;"> - "The Malay Civilization" oleh Mohd Arof Ishak
- Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
- Buku ini mengupas sejarah asal usul orang Melayu dari segi budaya, masyarakat, dan tamadun yang berkembang di Kepulauan Melayu.
- "Tamadun Alam Melayu" oleh Mohd Yusoff Hashim
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Buku ini menyelidiki tamadun dan asal usul masyarakat Melayu melalui kajian sejarah dan arkeologi.
- "Sejarah Melayu" (Sulalatus Salatin) oleh Tun Sri Lanang
- Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Versi lain mungkin diterbitkan oleh penerbit yang berbeza.
- Ini adalah salah satu naskhah klasik yang penting dalam memahami sejarah orang Melayu, walaupun ia lebih berbentuk hikayat, tetapi memberi gambaran tentang asal usul dan keagungan kerajaan-kerajaan Melayu.
- "The Malays: Their Problems and Future" oleh Syed Husin Ali
- Penerbit: The Other Press
- Buku ini mengkaji asal usul orang Melayu dari sudut pandang sosial, ekonomi, dan politik.
- "Asal Usul Melayu: Menulis Semula Sejarahnya" oleh Mohd Arof Ishak
- Penerbit: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
- Buku ini membincangkan teori-teori mengenai asal usul orang Melayu dan peranan mereka dalam perkembangan tamadun di rantau ini.
| Penyelidikan | 08.09.2024 |
1.sila huraikan asal-usul bahasa melayu secara lengkap. 2.apakah masalah artikulasi dan contoh yang sesuai. 3. apakah itu sistem bunyi bahasa, dialek, dan laras bahasa.sila berikan contoh-contoh. terima kasih. | Beberapa teori bahasa Melayu telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yg diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Bagi membantu saudara mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar) atau buku Perancangan Bahasa Melayu (Awang Sariyan). Menjawab soalan saudara tentang bunyi bahasa, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (Arbak Othman). | Lain-lain | 25.09.2007 |
1. sila huraikan asal-usul bahasa melayu dan kategorinya. 2. apakah itu masalah artikulasi dan berikan contoh. 3. sila huraikan apakah itu sistem bunyi bahasa, dialek dan laras bahasa, berikan contoh-contoh yang sesuai. Terima Kasih. | Beberapa teori bahasa Melayu telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yg diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan telah turun, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Bagi membantu saudara mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Susur Galur Bahasa Melayu (Asmah Haji Omar) atau buku Perancangan Bahasa Melayu (Awang Sariyan). Menjawab soalan saudara tentang bunyi bahasa, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (Arbak Othman). | Lain-lain | 25.09.2007 |
1) Apakah yang dimaksudkan dengan etimologi. 2) Apakah sumbangan etimologi dalam sejarah perkembangan perkataan | Etimologi ialah cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Antara sumbangan etimologi dalam bahasa Melayu ialah mengenal pasti asal-usul kata bahasa Melayu. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. Harap maklum. | Tatabahasa | 31.07.2008 |
Pertanyaan tentang "berbadan dua" : 1. Apakah asal usul frasa ini? Kebanyakan bahasa lain seperti Inggeris (pregnant) dan Arab (hamil) tiada perkataan "dua" badan/jiwa untuk ini. Setahu saya, cuma Bahasa Georgia (orsuli) dan Mandarin sahaja yang ada konsep berbadan dua seperti Bahasa Malaysia. 2. Jikalau "triplets" atau "quadruplets", apakah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia menjadi berbadan tiga atau berbadan empat? Terima kasih | berbadan dua bh hamil: Aktor tersebut bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi apabila isterinya disahkan berbadan dua. (KDP 2020:169) Frasa berbadan dua dalam Kamus Dewan Perdana bermaksud hamil. Frasa ini diletakkan label bh (bahasa halus), iaitu bahasa atau kata-kata yang lebih lembut dan sopan yang digunakan dalam pertuturan atau tulisan supaya lebih beradab dan tidak menyentuh perasaan sesiapa, contoh lain ialah perkataan meninggal dunia utk mati. Frasa berbadan dua wujud daripada gambaran fizikal seorang wanita hamil. Semasa kehamilan perut wanita membesar, memberikan gambaran seolah-olah wanita tersebut memiliki "badan" tambahan. Ungkapan “berbadan dua” secara kiasan menggambarkan keadaan ini, iaitu memiliki "dua badan", badan sendiri dan badan bayi yang dikandung. Frasa berbadan dua telah menjadi ungkapan yang umum digunakan dalam bahasa Melayu untuk merujuk kepada hamil dan dianggap sebagai ungkapan yang sopan dan diterima secara meluas. Frasa berbadan tiga, berbadan empat dan seterusnya masih belum terakam dalam kamus DBP. Perakaman kata dan mana baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. | Makna | 04.02.2025 |
Saya mempunya 1 soalan. Apakah asal usul Rewang, Merewang(bergotong royong) yang selalu diguna orang melayu... Kerana ada ada sahabat saya jawa menyatakan Rewang adalah dari bahasa jawa... | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rewang bermaksud gotong-royong sebagai persiapan untuk menjayakan sesuatu majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan). Tiada sumber yang menyatakan perkataan rewang berasal daripada bahasa Jawa. | Lain-lain | 10.05.2021 |
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera, Saya adalah pelajar di University of Sheffield dan kini sedang menjalankan kajian berkaitan bencana - banjir. Saya sedang mencari asal usul beberapa perkataan (etimologi) yang akan digunakan di dalam kajian saya seperti: 1) bencana/ musibah 2) banjir/bah 3) kampung & perkampungan Namun saya tidak berjaya mencari sumber maklumat tersebut melalui online. Diharap pihak DBP dapat membantu. Sekian, terima kasih. Nor Izura Tukiman | W'salam: Sehingga kini pihak DBP tidak menerbitkan buku estimologi nama-nama tempat atau mempunyai data khusus tentang estimologi asal usul perkataan. Walaupun begitu, saya mencadang pihak puan menghubungi terus Bahagian Penyelidikan Bahasa DBP (03-21479676 Ketua Bahagian) dan Bahagian Perkamusan DBP ( 03-21479686 Ketua Bahagian) bertanyakan terus hal tersebut. Sekian, terima kasih. | Makna | 13.10.2016 |