Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalnya

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Misai pulang ke bibir.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang ayat ini. 'Kuala Lumpur asalnya berada di dalam negeri Selangor.' Betulkah ayat ini? Terima kasihAyat yang betul ialah Kuala Lumpur asalnya berada dalam negeri Selangor.Tatabahasa26.04.2012
Apakah definisi Diaspora?Diaspora bermaksud 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain.Makna05.11.2009
Saya hendak mengajarkan ayat songsang yang berikut kepada anak saya: 1.Memberitahu saya Ali bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura.) 2. Diberitahu oleh Ali saya bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Saya diberitahu oleh Ali bahawa dia akan ke Singapura.) Adakah bentuk ayat songsang tersebut betul? Saya memohon jawapan segera kepada tuan.

Ayat asal : Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura

Ayat songsang : Dia akan ke Singapura, Ali memberitahu saya.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa20.01.2010
Assalamualaikum.... Saya ada dua pertanyaan: 1. Perkataan MANTAN dalam Kamus Dewan diperikan sebagai pernah memegang jawatan suatu masa dahulu. Benarkah makna asalnya ialah Mundar-Mandir Tanpa Jawatan? 2. Ramai yang menggunakan perkataan SADO untuk merujuk lelaki yang sasa. Adakah perkataan SADO dibentuk secara akronim? Jika benar, apa rangkai katan asalnya? Terima kasihTidak ada asal kata mantan dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan perkataan "sado" tidak ditemukan sebarang maklumat tentang kata tersebut, Antara kedua-dua kata tersebut, kata "mantan" banyak digunakan dalam konteks rasmi, manakala kata "sado" hanya digunakan dalam bahasa percakapan.   Istilah13.08.2015
Betulkah perkataan biduan asalnya bidu(w)an (menggunakan akhiran -wan)? Jika ya, apakah makna bidu?Perkataan biduan merupakan kata dasar  dan perkataan bidu tidak terdapat dalam data rujukan kami.Tatabahasa09.01.2018
Munurut "Kamus Dewan Edisi Keempat", "imlak" pada asalnya merupakan bahasa Arab yang bererti perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain. Namun demikian, hampir semua cikgu menggunakan perkataan "ejaan" untuk aktiviti itu. Yang manakah yang betul?Perkataan ejaan lebih umum dan biasa digunakan di peringkat persekolahan dan mudah difahami oleh pelajar. Pada peringkat yang lebih khusus atau teknikal bolehlah perkataan imlak diperkenalkan dan digunakan.  Lain-lain17.04.2008
Cikgu DBP, adakah selepas ejaan “Redha" bertukar menjadi "Reda” sebagai kata pinjaman bahasa Melayu, bunyi sebutan akan berubah juga? Dengan ini maksudnya saya asalnya "Redha" disebut dengan bunyi -dh itu, iaitu Re-dha, tetapi selepas penyesuaian ejaan berlaku, maka bunyi h digugurkan dan hanya bunyi -d disebut, iaitu Re-da? Atau cara sebutan kata pinjaman "Reda“ ini masih kekal sama seperti ejaan asalnya, iaitu "Redha" walaupun ejaannya telah berubah?Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi). Berkenaan bunyi sebutan, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dh" tidak ada salahnya.

 

Ejaan04.07.2014
Assalamualaikum, Pertanyaan saya adalah mengenai istilah PENGKID. Dari mana asalnya istilah PENGKID yang merujuk wanita yang berpakaian dan bergaya seperti lelaki dan mempunyai selera seks terhadap kaum sejenis (wanita). Sekian Terima Kasih.

Saudara Sharah,

Dalam sumber rujukan kami, belum ada istilah pengkid yang dirakamkan secara rasmi. Perkataan ini juga mungkin bersifat kolokial/slanga. Saudara digalakkan membuat rujukan di mana-mana pusat sumber untuk mengetahui asal usul perkataan ini.

Lain-lain27.08.2009
Saya ingin bertanya kesahihan maksud perkataan di bawah yang asalnya dipinjam dari bahasa Sanskrit: 1- Patik = anak anjing 2- Duli Yang Maha Mulia = Debu Pada Kaki Raja Yang Mulia 3- Suami = Tuhan 4- Paduka = Sepatu/Kasut 5- Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia = Ke Bawah Debu di Kaki Yang Maha Mulia. Pada pandangan saya, istilah ini tidak harus digunakan lagi kerana menggambarkan sistem penghambaan masih diamalkan apabila berbicara dengan golongan Raja??(Raja juga orang biasa bukan..)Untuk mendapatkan makna yang betul bagi perkataan tersebut saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara tentang makna perkataan berkenaan.  Lain-lain10.12.2008
Apakah istilah yang digunakan untuk perkataan seperti "khalwat" yang asalnya mempunyai satu makna (iaitu "menyendiri") tetapi kini sudah berubah maknanya? Adakah contoh perkataan-perkataan lain dalam kategori ini selain daripada "khalwat".Peluasan makna bagi sesuatu perkataan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana bahasa itu sentiasa berkembang dan kamus akan merakam peluasan makna yg ada bagi perkataan tertentu apabila ada terbitan terbaru. Contoh-contoh lain boleh dilihat melalui perbandingan kamus yang terbaru dan sebelumnya.Makna11.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas