Penggunaan bahasa yang betul bagi ayat di bawah:- Ekor Lembu Asam Pedas atau Asam Pedas Ekor Lembu Ikan Asam Pedas atau Asam Pedas Ikan | Penggunaan bahasa yang betul ialah: 1) Asam Pedas Ekor Lembu Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ekor lembu). 2) Asam Pedas Ikan Ini ialah frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti (Asam Pedas) + penerang nama jenis (ikan.
| Lain-lain | 08.05.2018 |
"asam laksa" atau "laksa asam"? | Jawapan yang betul ialah laksa asam. | Istilah | 16.07.2007 |
Mengapakah asam boi tiada dalam kamus dewan? | Dalam pangkalan data kami terdapat perkataan "asam ko" dan "asam masin" yang membawa maksud sejenis buah masam yang dikeringkan. | Lain-lain | 20.09.2018 |
Assalamualaikum Tuan, Saya masih keliru dengan penggunaan akhiran "kan". Contoh ayat: 1 Asam jawa diramaskan (atau diramas?) dengan air dan dilumurkan (dilumu?) pada badan.... 2 Asam jawa dicampurkan (atau dicampur?) dengan daun rambutan ..... 3 Tiga sudu besarr asam jawa direbus (atau direbuskan?) bersama-sama .... | Daripada contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata kerja yang betul ialah: - diramas
- dilumur
- dicampurkan
- direbus
| Tatabahasa | 24.12.2018 |
Saya ingin bertanya, apakah status ayat dalam contoh ini: Ahmad sedang belajar memasak asam laksa. Terdapat dua kata kerja, adakah "memasak asam laksa merupakan unsur keterangan? Adakah belajar kata kerja tak transitif berpelengkap atau tanpa pelengkap? Terima kasih. | Ayat ini merupakan ayat tak transitif. Frasa memasak asam laksa merupakan keterangan . Kata belajar ialah kata kerja tak transitif dengan keterangan kerana ayat Ahmad sedang belajar sudah lengkap dan frasa yang mengikutinya merupakan keterangan. | Tatabahasa | 03.06.2008 |
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut | 1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah 2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.
3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui. | Tatabahasa | 07.08.2013 |
saya dah sumbit permohonan untuk restoran asam pedas claypot.. sekarang saya menunggu pengesahan dr dewan bahasa & pustaka.. tetapi saya ingin tahu betul cara saya .. boleh anda call saya di 011 21781054. | Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 18.10.2015 |
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 26.02.2015 |
Salam Sejahtera, 1. Rajin agak anak Pak Wahab mengemas bilik. 2. Minah ialah murid yang paling pandai sekali di dalam kelas. 3. Saiful teramat suka makan nasi dengan lauk asam pedas. 4. Disiplin SJK C Pei Hwa sungguh baik sekali. Ayat yang manakah betul dan tepat. Terima kasih. | Waalaikumusalam. Ayat yang betul dan tepat ialah ayat nombor 3 dan 4 | Lain-lain | 19.07.2016 |
Adakah prkataan " claypot" tidak terkandung dalam kamus dewan bahasa. saya dapati majlis daerah kulai tidak memberi kelulusan lesen di sebankan perkataan claypot adalah bahasa english. Saya pihak tuan boleh memberi penjelasan. Fyi. RESTORAN Asam pedas claypot sudah mendapat kelulusan hanya majlis daerah mempersoalkan bahasa Claypot terhadap kami. | Padanan claypot dalam bahasa Melayu ialah belanga. Dalam ungkapan umum, perkataan claypot perlu ditukarkan kepada belanga, namun jka kata nama khas seperti nama kedai, perkataan tersebut boleh dikekalkan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2016 |