Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sas] | اساس

Definisi : ; ~ 50 akronim bagi Angkatan Sasterawan 1950. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sas] | اساس

Definisi : 1. alas, dasar, tapak (tempat berdirinya sesuatu bangunan): ~ rumah sudah siap; 2. sesuatu yg menjadi sandaran atau pendukung kpd sesuatu yg lain, sandaran bagi sesuatu perbuatan (tindakan, kesimpulan, tuduhan, dll), dasar: pemerintahan negara dgn sistem demokrasi sbg ~nya; tuduhan yg tidak mem­punyai ~; berasas mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yg tidak ~; ~ kpd = berasaskan;berasaskan menggunakan (bersandarkan) sesuatu sbg asas, berdasarkan: sistem ekonomi yg ~ kapitalisme; tuduhan yg ~ bukti yg nyata; mengasaskan 1. menyandarkan (meletak­kan) pd sesuatu sbg asas, mendasarkan: segala usaha diasaskannya pd kepentingan negara; 2. membangunkan (pd peringkat permulaan­nya), memulakan penubuhan, mendirikan: beliaulah yg ~ GPMS pd tahun 1954; terasasnya telah diasaskan: dr situlah ~ di­nasti ke-26;pengasasan perbuatan (proses dsb) meletak­kan sesuatu pd sesuatu asas: ~ prinsip kebebas­an ini amat penting; pengasas orang yg mengasaskan (memula­kan perubahan) sesuatu: pertubuhan itu tidak mencapai tujuan yg dikehendaki oleh ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sas] | اساس

Definisi : 1 tapak rumah (bangunan dsb); dasar: ~ rumahnya sedang dibina. 2 apa-apa yg menjadi dasar sesuatu pendapat (perkumpulan, politik dsb): ~ utama persatuan ini adalah meninggikan taraf hidup orang-orang kampung. berasas ada asasnya: Tuduhannya tidak ~ sama sekali. berasaskan berdasar pd: Seseorang itu dihukum ~ undang-undang dlm negeri. mengasaskan 1 menjadikan sbg asas; mendasarkan: Ia ~ hujahnya pd bukti-bukti yg nyata. 2 mendirikan; membangunkan: Beliaulah yg ~ pertubuhan belia itu. pengasas orang yg mula-mula meletakkan dasar (mendirikan sesuatu pertubuhan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi?Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk.Lain-lain04.09.2007
apakah maksud asas-asas sosial politik

Saudara Hazami,

Untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan kepustakaan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

 

Lain-lain31.05.2010
Apa yang dimaksudkan "asas kemahiran" dan "kemahiran asas". Bagaimana pula dengan "asas akademik"? Terima kasih.Asas bermaksud 1. alas, dasar, tapak; atau 2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, asas kemahiran bermaksud dasar kemahiran dan kemahiran asas merujuk kepada kemahiran tahap awal/bahagian sebelah bawah dari sesuatu (tapak).Makna27.06.2011
saya ingin bertanyakan mengenai kajian fonologi bahasa Melayu. dan bahagian yang terkandung di dalamnya Sila rujuk buku  "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad, UKM.Tatabahasa02.08.2008
Ini adalah cadangan tajuk untuk sebuah buku. Kekeliruan timbul untuk meletak perkataan ASAS. Tajuk buku ialah : 1.Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan atau 2. Buku Kerja Perancangan Kewangan Asas

Kedua-dua tajuk buku tersebut berbeza, iaitu:

1. Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan bermaksud buku kerja yang asas bagi Perancangan Kewangan.

2. Buku Kerja Perancangan Kewangan Asas bermaksud buku kerja tentang Perancangan Kewangan yang asas.

Tatabahasa04.02.2009
asas sain sosial,definisi sosiologi,jenis kelompok, struktur kelompok,dyad,triad dan tekanan dalam kelompok.

Sdr Fatin,

Sila sdr merujuk buku ini:

TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN | |TERPERINCI

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1998 | 302.23072 Sye | Terperinci

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1992 | 302.23072 Ara | Terperinci

Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2002 | 302.23072 Sye |

 

 

Lain-lain23.01.2008
Tuan?puan, Saya ingin bertanya satu soalan. Adakah soalan di bawah ini betul dari segi tatabahasanya? "Apa Simpanan Asas?" ataupun "Apakah Simpanan Asas?". Sekian terima kasihAyat yang gramatis ialah Apakah maksud Simpanan Asas?Tatabahasa01.08.2012
Peristiwa apakah yang menyebabkan DBP memilih tarikh 16 Ogos 1977 untuk menerbitkan Risalah Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia?Peristiwanya adalah pada 16 Ogos 1972, bukan 1977   sempena kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas-asas yang dipersetujui antara para ahli dari kedua-dua negara tentang ejaan baharu atau ejaan yang telah disempurnakan dan merasmikan pelaksanaan ejaan tersebut melalui pengumuman oleh Menteri masing-masing pada waktu yang sama.Lain-lain25.06.2008
saya selalu mendengar frasa industri asas tani. apakah sebenarnya industri asas tani ini?Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai indusri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan.Lain-lain23.11.2006
keperluan asas'Keperluan' bermaksud perihal perlu atau sesuatu yang diperlukan atau sesuatu yang berguna. Manakala 'asas' pula bermaksud menjadi aaalas, dasar, tapak atau sesuatu yang menjadi sandaran/pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, maksud keperluan asas adalah bergantung pada konteksnya. Dalam kehidupan manusia, keperluan asas bermaksud rumah, makanan, dan pakaian. Lain-lain03.04.2008
12345678910...

Kembali ke atas