Apakah yang boleh diterangkan mengenai bidang-bidang fonetik dan fonologi? | Soalan anda terlalu luas. Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang fonetik dan fonologi. Saya cadangkan anda mendapatkan buku "Asas-asas Fonetik" tulisan Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin, dan juga buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad. Itu antara buku terbaik tentang fonetik dan fonologi yang boleh anda rujuk. | Lain-lain | 04.09.2007 |
apakah maksud asas-asas sosial politik | Saudara Hazami, Untuk mendapatkan maklumat tentang perkara ini, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan kepustakaan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. | Lain-lain | 31.05.2010 |
Apa yang dimaksudkan "asas kemahiran" dan "kemahiran asas". Bagaimana pula dengan "asas akademik"? Terima kasih. | Asas bermaksud 1. alas, dasar, tapak; atau 2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, asas kemahiran bermaksud dasar kemahiran dan kemahiran asas merujuk kepada kemahiran tahap awal/bahagian sebelah bawah dari sesuatu (tapak). | Makna | 27.06.2011 |
saya ingin bertanyakan mengenai kajian fonologi bahasa Melayu. dan bahagian yang terkandung di dalamnya | Sila rujuk buku "Asas-asas Fonologi" tulisan Prof. Dr. Zaharani Ahmad, UKM. | Tatabahasa | 02.08.2008 |
Ini adalah cadangan tajuk untuk sebuah buku. Kekeliruan timbul untuk meletak perkataan ASAS. Tajuk buku ialah : 1.Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan atau 2. Buku Kerja Perancangan Kewangan Asas | Kedua-dua tajuk buku tersebut berbeza, iaitu: 1. Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan bermaksud buku kerja yang asas bagi Perancangan Kewangan. 2. Buku Kerja Perancangan Kewangan Asas bermaksud buku kerja tentang Perancangan Kewangan yang asas. | Tatabahasa | 04.02.2009 |
asas sain sosial,definisi sosiologi,jenis kelompok, struktur kelompok,dyad,triad dan tekanan dalam kelompok. | Sdr Fatin, Sila sdr merujuk buku ini: TAJUK | PENULIS | PENERBIT | TAHUN | |TERPERINCI Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1998 | 302.23072 Sye | Terperinci Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1992 | 302.23072 Ara | Terperinci Kaedah penyelidikan komunikasi dan sains sosial | Arabi Idid, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2002 | 302.23072 Sye | | Lain-lain | 23.01.2008 |
Tuan?puan, Saya ingin bertanya satu soalan. Adakah soalan di bawah ini betul dari segi tatabahasanya? "Apa Simpanan Asas?" ataupun "Apakah Simpanan Asas?". Sekian terima kasih | Ayat yang gramatis ialah Apakah maksud Simpanan Asas? | Tatabahasa | 01.08.2012 |
Peristiwa apakah yang menyebabkan DBP memilih tarikh 16 Ogos 1977 untuk menerbitkan Risalah Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia? | Peristiwanya adalah pada 16 Ogos 1972, bukan 1977 sempena kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Kenyataan bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas-asas yang dipersetujui antara para ahli dari kedua-dua negara tentang ejaan baharu atau ejaan yang telah disempurnakan dan merasmikan pelaksanaan ejaan tersebut melalui pengumuman oleh Menteri masing-masing pada waktu yang sama. | Lain-lain | 25.06.2008 |
saya selalu mendengar frasa industri asas tani. apakah sebenarnya industri asas tani ini? | Industri asas tani bolehlah dirujuk sebagai indusri yang berasaskan sumber pertanian atau penternakan. | Lain-lain | 23.11.2006 |
keperluan asas | 'Keperluan' bermaksud perihal perlu atau sesuatu yang diperlukan atau sesuatu yang berguna. Manakala 'asas' pula bermaksud menjadi aaalas, dasar, tapak atau sesuatu yang menjadi sandaran/pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, maksud keperluan asas adalah bergantung pada konteksnya. Dalam kehidupan manusia, keperluan asas bermaksud rumah, makanan, dan pakaian. | Lain-lain | 03.04.2008 |