maksud "pencabulan hak asasi manusia" maksud dari segi perkataan dan dari segi sudut malaysia | Perbuatan mencabul hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 14.08.2009 |
Contoh ayat: Banyak daripada kita kurang peka akan hak asasi kita sebagai warganegara Malaysia. Adakah ayat ini betul dari segi bahasa? Sila sertakan dengan penerangan yang terperinci. Terima Kasih... | Ayat tersebut betul. Frasa banyak dalam ayat tersebut boleh digunakan dan frasa tersebut merujuk kepada bilangan orang . | Tatabahasa | 07.04.2011 |
Istilah HADTERIMA bidang Kejuruteraan dalam Bahasa Inggeris | fundamental tolerance(Inggeris-Melayu) had terima asasi Bidang: KEJ | Makna | 16.08.2007 |
Adakah sesuai Pengunaan istilah Pra Universiti untuk pelajar tingkatan enam? | Prauniversiti ialah sebelum memasuki universiti seperti matrikulasi dan pusat asasi. Tingkatan enam dianggap peringkat sekolah menengah. | Makna | 25.10.2011 |
1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih! | Golongan kata 1. optimis - kata adjektif dan kata nama 2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja 3. idealis - kata nama Ayat 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu. | Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. | Lain-lain | 15.01.2011 |