Saya ingin maksud ayat "ASSYMETRICAL THREATS" dalam bahasa Melayu, Terima Kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "asymmetrical threats" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "asymmetrical' yang padanan bahasa Melayunya ialah tak bersimetri atau asimetri. Istilah bahasa Melayu untuk "threats" ialah ancaman. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ancaman asimetri. | Istilah | 11.04.2013 |
Saya sedang menyiapkan disertasi bagi program DBA dalam bahasa Malaysia. Sukacita jika dapat dinasihatkan istilah yang sesuai bagi: 1) investee company; 2) deal origination; 3) business venture; 4) asymmetry(ic) information; 5) venture capital firm. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. syarikat penerima pelaburan 2. pengasalan urus janji 3. usaha niaga 4. maklumat asimetri 5. firma modal urus niaga. | Istilah | 24.03.2009 |