Saya ingin bertanya tentang asimilasi dan adaptasi bahasa pelbagai kaum di Malayysia. bagaimana kita dapat kaitkzn dgn bahasa Melayu? | Asimilasi dan adaptasi berlaku dalam pelbagai bahasa selagi bahasa itu berkembang dan terus hidup termasuklah bahasa Melayu. Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai kaum di Malaysia. Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata bahasa Melayu. | Lain-lain | 17.02.2009 |
1. Dengan contoh, apa itu konsep etnosentrime dan kesan negative terhadap perhubungan kaum di malaysia. 2. Dengan contoh, apa itu konsep akomodasi, akulturasi, asimilasi dan almalgamasi dalam proses integrasi di Malaysia. | 1. Etnosentrime tidak ada dalam rujukan kami, yang ada etnosentrisme bermaksud pandangan atau sikap yg percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd golongan atau kebudayaan etnik lain. 2. Akomodasi bermaksud penyesuaian, akulturasi bermaksud penyerapan unsur-unsur kebudayaan drpd suatu budaya kpd budaya lain, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu, almalgamasi tidak ada dalam sumber rujukan kami. Untuk mengetahu lebih kanjut tentang konsep-konsep tersebut sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 03.02.2009 |
bolehkah Puan/cik/Encik menerangakn lebih pendalam tentang asimilasi dan adaptasi dari aspek bahasa melayu dlm pelbagai kaum di Malaysia. bole berikan contoh bersama bagi memudahkan sy utuk lebih memahami | Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab, Nusantara dan juga bahasa daripada pelbagai kaum di Malaysia. Usaha ini dilakukan antaranya untuk mengambarkan situasi baru yang memerlukan satu panggilan/istilah khusus merujuk kepadanya, contohnya; dari bahasa Cina (apek, angpau, camca) dan India (muruku). Proses ini secara tidak langsung memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/makalah/kertas kerja yang membincangkan khusus tajuk-tajuk tersebut. | Lain-lain | 18.02.2009 |
Mana yang betul? Merujuk kepada perkara... atau merujuk perkara... Contoh ayat dalam Kamus Dewan ...merujuk kepada... sedangkan penggunaan bahasa dalam buku Tatabahasa Dewan "...merujuk manusia...". Menurut Prof. Nik Safiah Kamus Dewan tidak boleh dijadikan sebagai sumber rujukan tatabahasa. Saya terkeliru kerana ada Munsyi Dewan mengatakan bahawa "...merujuk kepada..." betul. Secara peribadi, saya berpendapat penggunaan yang betul ialah "...merujuk perkara.." kerana Kamus Dewan mendefinisikan merujuk sebagai meneliti (kata kerja transitif). Satu lagi persoalan ialah - memperkasakan atau memerkasakan? Ejaan dalam Kamus Dewan ialah memperkasakan. Bagi saya ejaan ini menyalahi rumus asimilasi nasal - p,t,k,s yang menerima imbuhan meN-. Ejaan yang betul sepatutnya ialah memerkasakan kerana kata dasar bagi perkataan ini ialah perkasa. | Frasa yang betul ialah merujuk perkara dan pandangan saudara selaku seorang Munsyi Dewan dalam hal ini adalah betul. Bagi perkataan memperkasakan, perkasa apabila menerima apitan meN-kan tidak mengalami pengguguran huruf kerana termasuk dalam kekecualian dan kekal sebagai memperkasakan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 153 | Tatabahasa | 19.08.2009 |
apakah yang di maksudkan dengan budaya dan model budaya? | Saudara boleh merujuk bahan ini. : 1. Anjakan Pemikiran dan BUdaya Hidup Bangsa oleh Hj Nakhaie Ahmad 2. Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia oleh A. Aziz Deraman 3. Asimilasi Budaya oleh Hanapi Dollah | Lain-lain | 25.08.2008 |