Tuan/Puan bagi tandatangan pegawai yang menandatangani surat adakah pangkat diletakkan didalam kurungan @ diluar kurungan contoh : (ACP NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN) @ (NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN) ACP Mohon bantuan nasihat dari pihak Tuan/Puan.Sekian, terima kasih. | Amalan dalam penulisan surat rasmi, pada bahagian maklumat pengirim, pangkat ditulis penuh dan diletakkan di bawah nama individu. Contoh: Saya yang menjalankan amanah, (NOR IZZATY BINTI MOHD ARIFFIN) Asisten Komisioner Polis Untuk penggunaan pangkat dan ungkapan khusus dalam badan beruniform, pihak puan boleh merujuk jabatan tersebut untuk pengesahan. Pihak puan juga boleh merujuk buku Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2016), halaman 79.
| Tatabahasa | 25.03.2025 |