namasaya asmah cheloh. Sedang pelajar Bahasa Melayu Pasal di Universiti Fatoni selatan thailand. Ingin bertanya DBP. Apakah kata nama am ? Terimakasih | Kata nama am adalah kata yang merujuk kepada benda, orang atau konsep yang umum, seperti rumah, meja dan jalan. | Makna | 22.09.2016 |
Siti Nabilah Zainol Mar 26th, 6:41pm Assalamualaikum, buku Susur Galur Bahasa Melayu - Asmah Hj Omar & Nahu Melayu Mutakhir - Asmah Hj Omar ada stok lagi ke? | Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih. | Lain-lain | 26.03.2015 |
"(Harap) serahkan buku (yang) berwarna biru itu(kepadaku)," kata Asmah kepada rakannya "Dalam ayat ini ada kesalahan tak? | Ayat yang betul ialah "Sila serahkan buku yang berwarna biru itu kepadaku," kata Asmah kepada rakannya. | Tatabahasa | 24.03.2022 |
MOHON BERI PENERANGAN BERKAITAN DENGAN PEMBENTUKAN FRASA ADJEKTIF. JIKA BOLEH BERIKAN PENJELASAN ATAU PERBANDINGAN PANDANGAN TOKOH ZA'BA, ASMAH HAJI OMAR DAN NIK SAFIAH KARIM et.al. terima kasih | Dalam ruang dan had masa yang terhad ini, kami hanya dapat memberikan sedikit maklumat yang berkaitan. Yang selebihnya perlu menelaah pelbagai buku rujukan khususnya Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga (antara penyusunnya Nik Safiah Karim),Nahu Melayu Mutakhir (Asmah haji Omar) dan Pelita Bahasa Melayu (Pendeta Za'ba) dan pelbagai buku yang berkaitan dengan pertanyaan puan. Buku Tatabahasa Dewan, menjelaskan bahawa Frasa Adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa Adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 405 - 419. Prof. Emeritus Asmah Haji Omar pula membei penjelasan yang hampir sama tentang Frasa Adjektif. Dengan mengekalkan istilah asal kata Melayu, Frasa Sifat ialah frasa yang intinya merupakan kata sifat dan berfungsi pada predikat ayat. Asmah membahagiakn Frasa Sifat kepada Frasa Sifat Selapis dan Frasa Sifat Kompleks. Lihat Nahu Mutakhir, halaman 338 - 357. Pendeta Za’ba pula membahagi sifat kepada sifat nama dan sifat kata. Yang pertama merujuk kepada golongan kata yang dikenal sebagai adjektif, sementara yang kedua merujuk kepada adverba. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Pelita Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 31.03.2014 |
salam.. saya berminat untuk mengetahui lebih banyak mengenai dialek melayu di Malaysia. i have gone through Dr. Asmah works, Dr Majid.. do you have any suggestion list that i can look into? thank you. | Antara sarjana yang banyak membuat kajian dialek ialah Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, Prof. Dr. James T. Collins dan Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin. | Lain-lain | 20.05.2015 |
Retorik pemikiran Melayu spt retorik Asmah Hj Omar. Cth retorik lain dlm penulisan Melayu? | Antara buku-buku berkaitan retorik yang boleh dijadikan rujukan ialah: - Retorik dan Pengajaran Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar
Tahun Terbit: 1997,Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Retorik dalam pengajaran Bahasa Melayu, termasuk teknik komunikasi yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. - Retorik Melayu: Suatu Pengenalan oleh Mohd. Ali Hassan
Tahun Terbit: 2001, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Pengenalan tentang retorik dalam budaya Melayu, membincangkan teknik- teknik berkomunikasi dalam konteks sosial dan budaya Melayu. - Retorik dan Estetika dalam Peribahasa Melayu oleh Zawawi Ismail
Tahun Terbit: 2005, Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Peribahasa Melayu sebagai salah satu bentuk retorik, serta bagaimana ia digunakan untuk menyampaikan mesej moral dan sosial dalam masyarakat Melayu. | Lain-lain | 13.02.2025 |
saya ingin bertanya,,buku terbitan Asmah hj omar yg manakah yang saya boleh rujuk untuk cari maksud dialek dengan lebih terperinci ? | Sila rujuk buku Asmah Haji Omar, Essays on Malaysian Linguistics dan Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu.
Antara contoh buku untuk rujukan yang telah diterbitkan ialah Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. | Lain-lain | 19.07.2013 |
Dalam Nahu Kemas Kini (2009) Asmah menggunakan perkataan rumahkau. Dalam Ensiklopedia Bahasa Melayu, beliau mengemukakan ayahkau sebagai perkataan contoh ganti nama milik. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah (2009), Abdullah memberikan sembilan perkataan contoh yang menunjukkan kata singkat kau digunakan di akhir kata nama, iaitu adikkau, kegemarankau, kejayaankau, kemajuankau, pembantukau, penaungkau, penolongkau, rumahkau dan sekolahkau. Apakah pandangan DBP? | Sememangnya begitulah cara kata ganti singkat ditulis. Dan ada antara rujukan yang dinyatakan di atas terbitan DBP. | Tatabahasa | 25.08.2009 |
"Saya terjumpa satu buku ""Sejarah Ringkas Bahasa Melayu"" oleh Asmah Haji Omar terbitan Jabatan Muzium Negara semasa melawat Pesta Buku Antarabangsa yang lalu. Isi kandungannya sangat menarik tetapi sayangnya penuh dengan kesilapan tatabahasa. Bab pertama saja sudah tak terkira kesilapannya. Saya fikir alangkah bagusnya kalau DBP kemas kini buku ini dan ia diterbitkan semula. Saya pasti buku ini akan dihargai oleh ramai pencinta bahasa Melayu atau sesiapa saja yang ingin tahu tentang asal-usulnya. Terima kasih." | Untuk makluman tuan, buku itu telah menjadi hak cipta Jabatan Muzium Negara dan DBP tidak boleh menerbitkannya semula, kecuali ada kerjasama antara DBP dan Jabatan Muzium Negara tentang penerbitan semula buku tersebut suatu hari nanti. | Lain-lain | 20.10.2015 |
Salam. Adakah ayat di bawah ini ayat pasif? Kenapa? 1. Asmah bekerja sebagai kerani di sayarikat penerbangan itu. 2. Pertandingan selama dua hari itu sudah tamat. 3. Cermin belakang kereta itu sudah pecah. 4. Perempuan itu menjerit dengan sekuat hati. | Keempat-empat ayat tersebut bukan ayat pasif. untuk makluman tuan, ayat pasif ialah yang mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja tanpa awalan atau kata kerja berawalan di- dengan kata sendi nama oleh. Contohnya "semua kerja sekolah telah saya siapkan" dan "bola disepak oleh Ali". | Tatabahasa | 29.08.2014 |