| Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul apabila kita memberi salam dalam penulisan surat atau e-mel rasmi? Adakah "Assalamualaikum wbt" atau "Assalamualaikum wrt wbt"? 2. Adakah "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ayat yang betul? | 1. Ejaan yang betul ialah “Assalamualaikum WBT”. 2. "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ialah ayat yang betul.
| Ejaan | 31.10.2023 |
| Assalamualaikum. Pertanyaan berkenaan kata ganda pada tajuk. Bagaimanakah cara yang betul? (1) Berkelah Bersama-sama atau Berkelah Bersama-Sama, (2) Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia atau Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia (3) Ucapan Kata-kata Baik atau Ucapan Kata-Kata Baik. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah: (a) Berkelah Bersama-sama. (b) Sambutan Hari Kanak-kanak. (c) Kata-kata yang Baik. | Tatabahasa | 01.07.2026 |
| Assalamualaikum. Pertanyaan tentang penggunaan huruf besar pada kata ganda pada tajuk dan kata nama khas. Adakah contoh diberi betul? (1) Pada tajuk: Penggubalan Undang-undang di Malaysia. (2) Pada kata nama khas: Akta Penyemakan Undang-Undang 1968. Terima kasih | Ayat yang betul ialah: - Penggubalan Undang-undang di Malaysia.
- Akta Penyemakan Undang-undang 1968.
| Tatabahasa | 01.07.2026 |
| Assalamualaikum wbh. Mohon untuk perbetul ayat berikut supaya lebih gramatis: Kemajuan terbaru dalam bidang perubatan apakah yang anda percaya akan memberi impak terbesar terhadap bagaimana anda akan mengamalkan perubatan? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Apakah kemajuan terbaru dalam bidang perubatan yang akan memberikan impak terbesar terhadap cara anda dalam mengamalkan perubatan?” | Tatabahasa | 28.05.2026 |
| Assalamualaikum. Adakah penggunaan huruf besar pada ayat berikut betul? 1. Situasi ekonomi di Negara Malaysia masih stabil. 2. Jumlah pelancong di Negeri Selangor bertambah. 3. Dua buah pekan di Daerah Sepang yang dilawati ialah Pekan Dengkil dan Pekan Salak. 4. Berkenaan meletakkan kata nama khas tempat, bolehkah jelaskan juga apa yang dikatakan "...sebahagian daripada nama rasmi nama tempat" dan "menunjukkan jenis tempat". Terima kasih. | - Penggunaan huruf besar pada perkataan Negara Malaysia, Negeri Selangor, Daerah Sepang, Pekan Dengkil dan Pekan Salak dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul.
- Dalam buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama khas dalam bidang geografi.
| Tatabahasa | 04.05.2026 |
| Assalamualaikum, Mohon pertanyaan. Saya dari Persatuan Bekam Malaysia ingin menanyakan mengenai penggunaan: Pengamal Jurubekam berdaftar atau Pengamal Bekam berdaftar, yang manakah sesuai digunapakai untuk cetakan iklan, kad atau buku? | Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan. | Lain-lain | 12.05.2026 |
| Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada penggunaan kata ganti nama ‘ia’ dalam ayat berikut adalah tepat, atau lebih sesuai digantikan dengan kata nama seperti ‘rayuan itu’ atau ‘mata itu’ bagi mengelakkan kekaburan makna. Contohnya: 1) ‘…menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati ia tidak mempunyai merit.’ berbanding ‘…menolak rayuan Dr Lee Mun Toong selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.’ 2) ‘…tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan ia akan sembuh sepenuhnya.’ berbanding ‘…tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan mata itu akan sembuh sepenuhnya | Kata ganti nama “ia” tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat yang berkaitan. Ayat yang lebih sesuai digunakan seperti di bawah. 1) xxx menolak rayuan Dr. Lee Mun Toong selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit. 2) xxx tiada objek asing dalam matanya yang cedera dan memberi jaminan mata beliau akan sembuh sepenuhnya. | Tatabahasa | 21.04.2026 |
| Assalamualaikum. Berdasarkan contoh nama tempat yang diberi, apakah kaedah yang diguna, betul? Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, pekan Gemas, pekan Tampin dan bandar Segamat? Apakah pedoman yang digunakan untuk membezakan perkataan yang pertama itu termasuk kata nama am atau kata nama khas? Terima kasih. | Waalaikumussalam. Kaedah yang digunakan ialah penggunaan huruf besar bagi kata nama khas. - Jika perkataan seperti Pekan, Kampung, Bandar merupakan sebahagian daripada nama rasmi tempat, maka huruf besar digunakan:
Pekan Nenas, Pekan Air Tawar, Kampung Jawa, Bandar Segamat. - Jika perkataan tersebut hanya menunjukkan jenis tempat (bukan nama khas), maka huruf kecil digunakan:
pekan Gemas, pekan Tampin. Kesimpulannya perbezaan bergantung pada penggunaan perkataan pertama itu sama ada sebahagian daripada nama khas atau sekadar kata nama am. | Tatabahasa | 22.04.2026 |
| Assalamualaikum, saya ingin bertanya sama ada penggunaan kata hubung ‘justeru’ dalam ayat berikut adalah tepat: ‘Jumlah ganti rugi yang diberikan tidak terlalu tinggi atau rendah… justeru, tiada kekhilafan berlaku yang membolehkan mahkamah ini campur tangan.’ Adakah penggunaan ‘justeru’ sesuai dalam konteks ini, atau terdapat kata hubung lain yang lebih tepat? | Kata “justeru” boleh berfungsi sebagai kata hubung dan boleh hadir pada pertengahan ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, “justeru” dalam konteks tersebut berfungsi sebagai penanda wacana. Ayat yang betul ialah “Jumlah ganti rugi yang diberikan tidak terlalu tinggi atau rendah. Oleh itu, tiada kekhilafan berlaku yang membolehkan mahkamah ini campur tangan.”. | Tatabahasa | 21.04.2026 |
| assalamualaikum maaf sy mengganggu... saya ingin membuat semakan berkenaan dengan gelaran bagi memo rasmi kerajaan... penerima memo adalah 4 orang pegawai lelaki...jadi, di dalam kandungan memo tersebut, panggilan perlu "tuan" sahaja atau "tuan-tuan"? saya bagi contoh ayat di dalam memo tersebut : Sehubungan itu, bagi memastikan tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Spesifikasi dilaksanakan selaras dengan PP – PK2.1, sukacita tuan-tuan dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Spesifikasi bagi Perolehan Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan Dan Perisian ICT Bagi Tempoh Tiga Puluh Enam (36) Bulan Di Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM). 4. Senarai tugasan dan tanggungjawab sebagai Jawatankuasa Spesifikasi adalah seperti di LAMPIRAN A. Pelantikan tuan-tuan selaku Jawatankuasa Spesifikasi ini adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88). Oleh yang demikian, tuan-tuan diingatkan supaya tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit berkaitan perolehan Kerajaan ini. Bersama-sama ini dilampirkan integrity pact untuk ditandatangani dan diserahkan kembali kepada pihak urus setia untuk tindakan selanjutnya. 5. Kerjasama tuan-tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. adakah penggunaan tuan-tuan yang lebih tepat atau hanya tuan sahaja? terima kasih atas maklum balas. | | Kata sapaan yang digunakan hanyalah “tuan”, tidak perlu dijamakkan sebagai tuan-tuan kerana kata sapaan ini ditujukan kepada setiap seorang penerima sebagai individu yang disenaraikan bersama-sama penerima yang lain dalam satu memo. Untuk makluman puan, contoh ayat yang diberikan didapati mengandungi banyak kesalahan tatabahasa. Mohon rujuk buku terbitan DBP seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), Modul Asas Tatabahasa dan Asas Penulisan Dokumen Rasmi (2016) serta buku pedoman terbitan DBP yang lain sebagai panduan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam penulisan dokumen rasmi. | | Tatabahasa | 22.04.2026 |