| Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, apa istilah yang sesuai di dalam Bahasa Melayu untuk perkataan ‘Assemble’ dalam perkataan Cara-cara ‘Assemble’ Roti Sandwic. Saya cari di dalam kamus tak jumpa istilah yang tepat. Istilah yang ada mengumpul, menghimpun, memasang. Cara-cara mengumpul Roti Sandwic. Cara-cara menghimpun Roti Sandwic, Cara-cara memasang Roti Sandwic. Semuanya serba tak kena. Apa istilah yg sesuai berdasarkan Kamus Dewan Bahasa & Pustaka ya? | Waalaikumussalam wbt, Saya mencadangkan terjemahan bagi kata assemble dalam konteks penggunaan seperti How to assemble a sandwic?, to assemble a dish, to assemble a cake dan sebagainya ialah 'menyediakan'. Terjemahan memasang bagi assemble amat janggal dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, saudara bolehlah merujuk kepada pihak Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk mendapatkan pengesahan tentang terjemahan ini. Sekian, terima kasih. | Istilah | 06.06.2024 |
| Dalam bahasa Inggeris, "assemble' ialah 'to put something together'. Sebagai contoh, bahagian-bahagian almari yang berasingan disatukan dan dipasang menjadi sebuah almari. Manakala, 'install' ialah 'the object is already completed but needs to put in a particular place' bermaksud almari yang siap dipasang tadi kemudian dipasangkan dan dikukuhkan pula di sesuatu tempat, misalnya di bilik tidur. Apakah perkataan yang sesuai untuk 'assemble' bagi membezakannya dengan 'install' walhal kedua-dua perkataan sekiranya diterjemahkan membawa kepada maksud yang sama iatu 'pasang' tetapi sebenarmya proses yang berlainan? Terima kasih. | Kami mencadangkan "assemble" diterjemahkan sebagai "sambung", "kumpul" atau "himpun", manakala "install" pula boleh diterjemahkan sebagai "memasang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 11.03.2021 |
| Salam sejahtera, Terima kasih atas bantuan yang telah pihak DBP berikan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Customize"? a) Sesuaikan b) Suaikan c) Lain-lain (mohon bantuan DBP dalam mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai). Maksud: To modify or assemble hardware or software to suit the needs or preferences of the user. Terima kasih sekali lagi. | Kami mencadangkan perkatan customize diterjemahkan kepada menyesuaikan atau disesuaikan, bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Lain-lain | 27.05.2015 |