Salam satu Malaysia Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Assist" dalam konteks bola sepak (sukan)? Contoh ayat - Penalty & Free Kick: NO ASSIST for the player who was fouled. Maksud: http://www.en.wikipedia.org/wiki/Assist_(football) Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "assist" dalam bidang Sukan. Padanan bahasa Melayu untuk "assist" yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah bantu atau bantuan. | Istilah | 11.10.2013 |
penterjemahan. please assist to translate the birth certificate to english version. thanks | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.10.2024 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translation as below: The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort. BM translation: Rumusan dengan tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. Terima kasih! | Terjemahan yang sesuai bagi 'The triple action formula offers your baby's skin with long lasting protection and comfort' ialah Formula tiga tindakan memberikan perlindungan dan keselesaan kepada bayi anda. | Makna | 22.01.2020 |
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you. | Terjemahan: a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan. b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak. c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran. | Makna | 26.08.2019 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Overchair table 2. Blood Drawing Chair 3. Stand Assist Chair 4. Gurney 5. Pharmaceutical Tableting Machine. Sekian, terima kasih. | Istilah yang diberikan masih tidak ada dalam pangkalan data kami. Cadangan istilah daripada pihak kami merujuk kepada konsep ialah: 1. Overchair table - Meja Boleh Laras 2. Blood Drawing Chair - Kerusi Derma Darah 3. Stand Assist Chair - Kerusi Bantuan Berdiri 4. Gurney - Pengusung Beroda 5. Pharmaceutical Tableting Machine - Mesin Pemprosesan Tablet Farmaseutikal | Istilah | 03.05.2016 |
Assalamualaikum. Apakah istilah Bahasa Melayu bagi 'spambot' (automated computer program designed to assist in the sending of spam)? Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "spambot" belum ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "spam" yang padanan bahasa Melayunya ialah spam juga. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah spambot. | Istilah | 18.03.2013 |
Salam sejahtera tuan/puan, Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi istilahistilah berikut: 1. Hydrocollator 2. Tympanometer 3. Overchair Table 4. Stand Assist Chair 5. Hospital Recliner 6. Hospital Armoire 7. Blood Drawing Chair | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Hydrocollator - Hidrokolator 2. Tympanometer - Timpanometer 3. Overchair Table – Meja Boleh Laras 4. Stand Assist Chair – Kerusi Bantuan Berdiri 5. Hospital Recliner – Kerusi Boleh Laras Hospital 6. Hospital Armoire – Almari Hospital 7. Blood Drawing Chair – Kerusi Derma Darah | Istilah | 30.04.2016 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Sila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler Lane Departure Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2015 |
Dear Sir/Madam, May I know is DBP having service to check the Malay text translated from English text? If yes, can you assist to check if the Malay translation in attach Word file is correct or not? | Untuk makluman, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan, tetapi menyemak ayat yang telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Bersama-sama ini dilampirkan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
| Makna | 01.07.2024 |
Kami ingin mendapatkan terjemahan dan definisi bagi perkataan "facilitation & monitoring". Untuk makluman pihak tuan, "facilitation & monitoring" merupakan salah satu aktiviti/fungsi organisasi kami yang merangkumi: -Assist companies in the implementation & operation of their projects. -Facilitate exchange & coordination among institutions engage in or connected with industrial development. -Advisory Services Sekian, terima kasih. | Cadangan untuk terjemahan 'facilitation' dalam bahasa Melayu ialah 'pemudahan' dan 'monitoring' ialah 'pengawasan'. Namun untuk perkataan 'monitoring', padanan 'pemantauan' juga boleh digunakan mengikut maksud yang hendak disampaikan. Tuan boleh menggunakan sama ada "Pemudahan dan Pengawasan" atau "Pemudahan dan Pemantauan". | Istilah | 23.04.2018 |