Penggunaan tanda baca yang mana betul? "Kamu mahu jadi apa, asyik makan coklat sahaja?" @ "Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja." | "Kamu mahu jadi apa? Asyik makan coklat sahaja." | Ejaan | 13.10.2011 |
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling? | Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
tuan, mengapakah dia asyik merungut-rungut saja sejak tadi? apakah kesalahan dalam ayat ini? | Mengapakah dia asyik merungut-rungut sahaja sejak tadi? - ayat ini betul. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
Amir terlalu asyik melibat wau yang sedang ..... di udara. jawapan ialah terlayang-layang atau terolang-aling atau? | Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang terlayang-layang di udara. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan. | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi" Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
berdasarkan jawapan yang diberi oleh Tuan.. Salam sejahtera RAHMAT B. RAMLI, Soalan : 'Badan adik yang dipenuhi ruam itu menyebabkan dia asyik bergaru sejak tadi' apakah kesalahan ayat diatas?. Terima kasih Tuan. Jawapan : Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan adik yang dipenuhi ruam itu telah menyebabkannya asyik bergaru sejak dari tadi" Penggunaan kata tugas "telah" dan "dari" menyebabkan ayat tersebut lebih gramatis. tetapi.. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. boleh Tuan jelaskan.. | Penggunaan dari dan sejak secara berurutan dianggap lewah. Kami memohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis? | Salam sejahtera tuan, murid-murid saya suka menulis ayat seperti: makan dengan seronok, gotong-royong dengan bekerjasama, membaca dengan asyik , memadamkan api dengan bertungkus lumus dan sebagainya. Adakah semua ayat tersebut gramatis? Jawapan: Ayat yang gramatis ialah ayat yang berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa.Oleh itu, ayat yang gramatis sama maksud dengan ayat yang betul dari segi tatabahasanya. Berdasarkan ayat yang tuan berikan, ada ayat yang gramatis dan ada juga ayat yang tidak gramatis bergantung pada penggunaan ayat. | Tatabahasa | 17.08.2014 |
Kenapa tak boleh buat carian ni. Asyik keluar page maklumbalas saja! | Sila gunakan google chrome untuk carian yang lebih stabil | Lain-lain | 21.11.2016 |
3. Anak .................. anugerah Allah. ialah adalah merupakan 4. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. di dari dalam 5. ............... abad ke-20 Di Pada Dalam 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. Betul Salah 7. Institut Irsyad ............. sebuah institut persendirian. ialah adalah merupakan 8. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... Betul Salah | Jawapan untuk soalan yang diberikan: 3. Anak ialah anugerah Allah 4. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi 5. Pada abad ke-20 6. Dia asyik termenung dari hari ke sehari - Salah 7. Institut Irsyad ialah/merupakan sebuah institut persendirian 8. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan ... Salah
| Tatabahasa | 29.10.2016 |
Penggunaan kata seru di bawah btl atau salah Oh permainan ini tidak baik utk kamu Ah saya tak suka kamu main itu Wah kamu asyik bermain saja | Ayat yang betul dengan kata seru dan tanda seru adalah seperti yang berikut: (1) Oh, permainan ini tidak baik untuk kamu! (2) Ah, saya tak suka kamu main itu! (3) Wah, kamu asyik bermain saja! | Tatabahasa | 12.03.2014 |