Apakah maksud mengkawan?Apakah mengkawan ini tergolong dalam penjodoh bilangan? | Mengkawan sama makna dengan bengkawan, iaitu: 1. bilah buluh yang digunakan sebagai tulang atap rumbia (nipah dan lain-lain); dan bengkawan (tidak dinyatakan pula mengkawan) juga menjadi penjodoh bilangan bagi atap. | Makna | 24.11.2010 |
Nek Miah sedang ___air hujan menitik dari atap rumahnya yang bocor menggunakan baldi. B menadah C menampung (munsyi, apakah jawaban yang sesuai, TK.) | Menadah. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Penterjemahan dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan roofing dan awning. | Roofing bermaksud atap dan awning pula bermaksud sengkuap hias. Sila rujuk Daftar Istilah Kejuruteraan dan Daftar Istilah Alam Bina Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 27.03.2003 |
maksud perlindungan | Makna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; | Makna | 08.11.2009 |
tolong cari maksud gajah menyusu | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, gajah menyusu bermaksud (binaan) atap atau sengkuap yang bersambung dengan rumah. | Makna | 24.07.2008 |
menjadi kembang | Menurut Kamus Dewan perkataan kembang bermaksud mengembang menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; | Lain-lain | 06.08.2007 |
mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama | Sawah bendang, pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama). | Lain-lain | 05.10.2009 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
Assalamualaikum tuan, Pertanyaan saya ialah : 1. Apakah maksud rangkai kata MENYITA KETIRISAN dan mohon tuan berikan satu contoh ayat tentangnya. 2. Apakah makna kata KOLERASI? Mohon tuan berikan contoh ayat. TERIMA KASIH. | Ketirisan bermaksud kebocoran seperti ketirisan atap rumah, ketirisan rahsia. Namun rangkai kata menyita ketirisan tidak sesuai digandingkan kerana menyita bermaksud merampas (mengambil/menahan). Perkataan kolerasi tiada dlm sumber yang ada korelasi bermaksud hubungan atau kaitan secara timbal balik, hubung kait. | Makna | 24.07.2007 |
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. | Istilah | 29.06.2009 |