Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tas] | اتس

Definisi : 1 tempat atau bahagian yg lebih tinggi (lw bawah); ~ meja: ~ bumbung. 2 akan; dengan; untuk; tentang: ~ kerjasama yg tuan-tuan berikan itu, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak. 3 disebabkan oleh; kerana: ~ beberapa sebab, ia enggan menyertai perkumpulan itu. ~ sungai hulu sungai. (negeri) ~ angin negeri-negeri di sebelah barat. beratas-atasan, atas-mengatasi saling hendak melebihi yg lain; berebut hendak menang (pandai dsb). mengatasi 1 melebihi; mengalahkan: Dia dpt ~ lawannya dlm pertandingan itu. 2 menghapuskan sesuatu kesukaran dsb; menyelesaikan: Beliau dpt ~ masalah pembahagian harta itu dgn baik. atasan yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. pengatas angka yg di sebelah atas pd sesuatu angka pecahan. di atas di sebelah atas. ke atas ke bahagian atas; ke sebelah atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atas

Puisi
 

Mudik ke hulu atas jeram,
     Tanam keledek atas batu;
Bagaimana hatiku tak geram,
     Tengok kopek menongkat baju.


Lihat selanjutnya...(238)
Peribahasa

Belayar atas angin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.

 

Lihat selanjutnya...(75)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam1 Malaysia. adakah perkataan 'diatas' dalam ayat berikut sesuai digunakan. tq cth. ayat : Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas keizinan menjalankan penyelidikan kepada pihak JAS.Penggunaan yang betul ialah  atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian.  Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '...di atas meja'  dan '...di kampung'.Tatabahasa31.03.2017
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan akan penggunaan perkataan "atas". "Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan, kerugian, denda dll. berkaitan transaksi yang tidak berjaya." "Hanya pindaan berikut terpakai atas akaun ini." Bolehkah saya mendapatkan pencerahan bila perkataan "atas" dan "ke atas" patut digunakan? Terima kasih.

Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan yang betul ialah atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian.  Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '... di atas meja'  dan '... di kampung'.

Penggunaan kata sendi nama "ke" digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai. Kata sendi nama "di"pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai. 

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain08.05.2018
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan ayat-ayat berikut adalah betul atau tidak. 1.Piala itu di atas meja. 2.Beg tangan itu di atas tangga. 3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 4.Rumahnya di atas bukit. 5.Dia bertanggungjawab di atas segala kekejaman itu. 6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. 7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. 8.Dia bercacah di bahagian lengan.  9.Dia duduk di dalam kereta. 10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. 11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di peringkat antarabangsa. 12.Dia masih berasa marah,enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. 14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. Terima kasih.

Jawapan:

1.Piala itu di atas meja. - betul
2.Beg tangan itu di atas tangga. - betul
3.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
4.Rumahnya di atas bukit. - betul
5.Dia bertanggungjawab di atas (atas) segala kekejaman itu. - salah. 
6.Dia menghabiskan lauk di atas meja. - betul
7.Gambar pemimpin negara digantung pada dinding. - betul
8.Dia bercacah di bahagian lengan. - betul 
9.Dia duduk di dalam kereta. - betul
10.Dia mengemukakan cadangan berkenaan dalam mesyuarat itu. - betul
11.Produk itu mendapat sambutan yang baik di (pada) peringkat antarabangsa. - salah 
12.Dia masih berasa marah, enggan berjumpa dengan sesiapa pun. – salah. Ayat tersebut tidak gramatis.
13.Terdapat dua ekor semut di atas meja. - betul
14.Buku-buku yang tersusun rapi di atas rak telah dicuri. - betul

Tatabahasa16.11.2015
1.Buku di atas meja. 2.Buku itu di atas meja . 3.Buku ada di atas meja. Adakah ayat-ayat di atas betul?1.Buku di atas meja.
2.Buku itu di atas meja .
3.Buku ada di atas meja.

Ketiga-tiga ayat tersebut tidak terdapat kesalahan dan boleh digunakan.
Tatabahasa25.08.2017
Assalamualaikum wbt , Boleh kah penggunaan kata " atas " diterima spt dlm ayat berikut ? Atas keprihatinan dan kesudian tuan/puan ..........Wassalam tuan/puan, penggunaan atas kerjasama, atas prihatin dan lain-lain boleh digunakan. Frasa yang tidak betul ialah "di atas" kerjasama atau padanan yang lain. Tatabahasa23.06.2015
Tuan/Puan, Saya warganegara Malaysia, mengambil kursus jarak jauh dari Shanghai Normal Univerisity. Tajuk tesis saya ialah "Perbandingan maksud dan tatabahasa "di atas" antara Bahasa Cina dengan Bahasa Malaysia". Saya telah cuba mencari maksud "atas" dan "di atas" dari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=di+atas,tetepi yang terpapar keluar adalah takrif perkataan - perkataan yang mengandungi frasa "di atas" sahaja. Bolehkah tuan / puan ajar saya bagaimana cara saya key in supaya dapat cari maksud "di atas" dan tesis yang berkaitan tentang "kata arah" atau "maksud di atas"? Ribuan terima kasih saya ucapakan.Untuk makluman, puan boleh mendapatkan maklumat melalui www.prprm.dbp.gov.my dan melihat data daripada pelabagai sumber termasuklah Kamus, Istilah, Khidmat Nasihat dan Korpus. Untuk mengakses makna daripada kamus atau korpus, puan boleh menulis satu kata kunci seperti "atas" dan untuk mendapatkan data daripada sumber-sumber lain seperti Khidmat Nasihat, puan boleh menulis perkataan "atas dan di atas".Lain-lain04.08.2015
Salam. Apa terjemahan untuk "online game"? Adakah "pemainan dalam talian" atau "permainan atas talian"? Apa perbezaan penggunaan "dalam" dan "atas" mengikut konteks di atas?Salam sejahtera,

Padanan "online game" ialah permainan dalam talian. Dalam talian bermaksud berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Tiada istilah atas talian.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan29.11.2018
Salam sejahtera, Adakah perkataan "atas" hanya merujuk perkara yang abstrak? contohnya seperti ini: Dia bertanggungjawab atas penumpahan darah itu. Adakah boleh juga digunakan untuk sesuatu yang bukan abstrak seperti ayat ini: Hakim meringankan hukuman yang dikenakan atas pesalah tersebut. mohon penjelasan. terima kasihAtas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan "atas" dalam ayat pertama adalah betul. Walau bagaimanapun, dalam ayat kedua, penggunaan "atas" adalah salah. Perkataan yang lebih tepat ialah "terhadap (Hakim meringankan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah tersebut.)Tatabahasa08.07.2016
ingin bertanya berkaitan tatabahasa yang sesuai untuk pembuka kata bagi surat rasmi: i. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. ii. Segala hormatnya perkara di atas dirujuk. iii. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. iv Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas Terima kasih.Dengan hormatnya/segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan hormatnya/segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.Lain-lain09.10.2018
Dalam kamus dewan keempat, ada satu contoh ayat seperti berikut "orang yang berkuasa ke atas orang lain." Adakah penggunaan "berkuasa ke atas" itu tepat? bukankah "ke atas" hanya digunakan untuk merujuk tempat? mohon penjelasan yang jelas daripada pihak andaSelamat ptg.

Penggunaan perkatan ke atas kurang tepat dalam konteks ayat di atas . Perkataan lain yang boleh digunakan ialah terhadap.  Sekian.
Istilah12.07.2016
12345678910...

Kembali ke atas