Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekiranya saya ingin menjemput seseorang untuk menjadi perasmi majlis pembukaan seperti pegawai atase dan pegawai daerah, saya akan sertakan atur cara program untuk tindakan beliau. Soalan saya, apakah menjadi kesalahan penggunaan istilah sekiranya saya menggunakan istilah tentatif, tidak menggunakan atur cara? Contohnya: "Bersama-sama ini disertakan tentatif majlis sebagai rujukan tuan". Sekian, terima kasih. | Page Title “Tentatif” bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.
“Atur cara” pula bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dan sebagainya) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dan lain-lain).
Oleh itu, perkataan yang sesuai digunakan ialah “atur cara”.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 152 dan 2326.
| Lain-lain | 12.08.2024 |
Saya ingin bertanya dengan ketepatan tajuk dan terjemahan bagi buku yang saya akan terbitan insya-ALlah. Fiha Khair (dalam bahasa arab) Ada Kebaikan Dalam Kehidupan Isi kandungan buku berkisar catatan pengalaman sebagai seorang atase pendidikan di luar negara. Buku ini mengandungi kisah inspirasi, dalil Quran dan hadis, tip praktikal serta melihat setiap cabaran sebagai peluang ke arah yang lebih baik. Buku ini khusus sebagai panduan kepada mahasiswa yang belajar di luar negara khususnya di Timur Tengah. Terima kasih atas respon. | Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak melaksanakan kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Negara (ITBN).
| Lain-lain | 10.05.2025 |