apakaah padanan dan ejaan yg betul dalam Bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris bagi perkataan yang berikut: (1) jujitsu (adakah ejaan dalam BI ju-jitsu atau pun lain?) (2) kabadi (adakah ejaan dalam BI kabaddi atau pun lain?) | Ejaan yang betul ialah: 1. jujitsu (BM) jujitsu (BI) 2. kavadi (BM) kabaddi (BI) | Ejaan | 14.06.2023 |
"crowd-source content"? atau pun "crowdsourcing" dalam bahasa melayu. Terima Kasih. | Padanan istilah sangat bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Kami mencadangkan sumber awam untuk padanan crowdsourcing. Mohon berikan konteks penggunaan crowdsourcing dalam ayat agar kami dapat mencadangkan padanan yang bertepatan dengan konteks penggunaan puan. | Istilah | 06.03.2019 |
adakah dimuat turun satu perkataan atau pun dua perkataan | Ejaan yang betul ialah dimuat turun. | Ejaan | 18.12.2008 |
Adakah terdapat terjemahan tepat/berlainan bagi "Financial Technology" atau pun "Fintech"? | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'Financial Technology' ialah teknologi kewangan | Makna | 27.01.2021 |
1) Carian Kata tidak ada 'kereta continental', 'kereta kontinental' atau pun 'kereta buatan europe'. Apakah penterjemahan yang betul untuk 'continental cars'? 2) Juga, apakah perterjemahan yang betul untuk 'call us for free car pick-up services'? | 1. Cadangan terjemahan bagi continental car ialah kereta buatan Eropah. 2. Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah hubungi kami untuk perkhidmatan pengambilan kereta percuma. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2019 |
Apakah penggunaan yang betul bagi perkataan berikut: - penyampaian kediri atau pun penyampaian kendiri? sbg contoh; Notis Kebankrapan tersebut disampaikan secara penyampaian kediri / kendiri? | Salam sejahtera, Kedua-dua perkataan kediri dan kendiri mempunyai maksud yang sama. Tetapi, kebiasaan yang sering digunakan ialah penyampaian kendiri. Penggunaan perkataan ini juga berdasarkan bidang tertentu. Sebagai contoh dalam bidang undang-undang, padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan personal service ialah penyampaian ke diri. Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 21.12.2017 |
Bagaimanakah "Defendants" dieja dalam Bahasa Malaysia? Adakah "Defendan-Defendan" atau pun "Defendan-defendan"? | Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Defendan-defendan | Ejaan | 23.10.2017 |
Apakah perbezaan maksud di antara "di hadapan" dan "dihadapan", atau pun "kehadapan" dan "ke hadapan"? | Di dan ke boleh dikategorikan sebagai kata arah dan imbuhan awalan. 1. menunjukkan kata arah, di dan ke dieja jarak. Misalnya di atas, di bawah, di hadapan, ke hadapan, ke sana. 2. menunjukkan imbuhan awalan perlu dieja rapat. Misalnya kehendak, dimakan. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Lain-lain | 29.07.2010 |
Saudara, Bolehkah saudara memberitahu Maklumat yang SAH tentang wayang kulie? Atau pun sebarang website yang sah? Kini saya sedang belajar di University di Taiwan, dan diminta membuat satu Assignment tentang wayang kulit di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat maklumat yang sah daripada sebarang web walaupun puas mencarinya. Harap saudara dapat menolong dalam persoalan ini. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Wayang kulit : warisan teater Melayu oleh Ainu Sham Ramli terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1996. 2. salampantaitimur.com/index.php?tag=melayu 3.www.kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html . 4.www.ask.edu.my/BM/ak_course_wt_dtl.asp | Lain-lain | 20.11.2007 |
bagaimana untuk membezakan sesuatu ayat itu mempunyai kata kerja tak transitif atau pun kata kerja transitif | Kata kerja transitif - kata kerja yg. mengandungi objek yg. terdiri drpd. frasa nama utk melengkapkan maksudnya. Cth: menendang bola, menaiki bas). Kata kerja tak transitif - kata kerja yg. tak memerlukan penyambut/objek sesudahnya. Kata kerja jenis ini boleh dibahagikan kpd. dua subgolongan, iaitu: i) Kata kerja tak transitif berpelengkap (cth: Mereka tinggal di kampung, dia menjadi guru) ii) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap (cth: padi sedang menguning, pemuda itu tersenyum). Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hal. 140- 145. | Tatabahasa | 12.11.2008 |