Salam sejahtera, Bagaimanakah kaedah untuk saya perolehi ebook yang bertajuk Atlas Budaya Islam? Saya lampirkan informasi berkaitan ebook tersebut. | Salam sejahtera, Untuk maklumam, carian dan pembelian buku secara e-Book DBP boleh diperolehi melalui aplikasi e-Sentral. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.04.2020 |
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Semoga Tuan diberkati Allah dalam semua urusan. Saya Zainuddin bin Abindinhazir dari UPSI Tanjung Malim berhajat mendapat buku Isma’il R. al-Faruqi dan Lois Lamya’ al-Faruqi. Atlas Budaya Islam. (Terjemahan: Mohammad Redzuan Othman,…(et al.). Dewan Bahasa dan Pustaka.1992. ISBN 983-62-2932-9. Masih ada lagikah stok buku tersebut. Sehubungan perkara ini, saya ingin mengetahui bagaimanakah cara untuk saya memiliki buku berkenaan. Saya amat berbesar hati untuk mendapat makluman lanjut dari pihak Tuan berhubung perkara ini. Sekian. Terimakasih. Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Daripada: Zainuddin Abindinhazir 012-2126908 deen_r2007@yahoo.com Jabatan Seni, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. | Buku Atlas Budaya Islam yang tuan perlukan tidak ada lagi dalam stok Kedai Buku DBP. Buku ini ada dalam koleksi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP dan untuk membuat rujukan tuan boleh berkunjung ke PDM di Tingkat 3, Menara DBP. | Lain-lain | 26.10.2012 |
Saya ingin menerbitakan buku di bawah penerbitan FRIM. Saya bercadang ingin menggunakan peta lama yang telah diterbitkan oleh DBP di dalam buku Atlas Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 sebagai salah satu gambar di kulit luar buku. Apakah prosedur yang perlu saya laksanakan untuk penerbitan semula peta ini? Sekian, terima kasih. | Penerbitan semula setiap bahan terbitan DBP perlu mendapat izin daripada kami. Sila hantar surat permohonan rasmi untuk tujuan ini kepada Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sertakan juga salinan peta yang hendak digunakan itu. | Lain-lain | 25.08.2011 |