jamil teramat kesal akan kelakuan isterinya....betul atu tidak penggunaan kata teramat kesal? | betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 03.09.2012 |
as,kum,,,, tuan saya nak tanya, berapa lama kah saya boleh mendapat balasan atu jawapan, apabila saya sudah menghantar bahan saya ke DBP?. | Mohon tuan memperincikan jenis bahan yang dihantar ke DBP. Adakah bahan yang dimaksudkan ialah manuskrip atau rencana/artikel/cerpen/puisi. Sekiranya bahan manuskrip, tuan hendaklah menghantar bahan tersebut kepada Pengarah Penerbitan, Aras 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Atau, sekiranya rencana, cerpen, puisi mohon tuan menghantarnya kepada Ketua Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.02.2008 |
Pada waktu tangah hari, pekerja-pekerja itu (baring-baring dibawah pokok yang rendang. (Penggunaan perkataan (baring-baring) sesuai dalam soalan di atas atu tidak?) | Perkataan yang betul ialah berbaring-baring, iaitu perbuatan merebahkan badan seperti keadaan ketika tidur (untnk merehat-rehatkan badan), dan kata baring-baring tidak ada konteks penggunaan rasmi. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Re : Tukar ayat aktti kepada ayat pasif: 1.Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. (a) Sekilo udang dari pasar itu dibeli oleh Yu Kang. (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar itu. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? 2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. (a) Buku cerita dari perpustakaan di pinjam oleh Su Xin. (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan. Yang mana satu betul ? Ayat pasif (a) atu ayat pasif (b) ? Sekian, terima kasih. | 1. Yu Kang membeli sekilo udang dari pasar itu. Ayat pasifnya - (b) Sekilo udang dibeli oleh Yu Kang dari pasar 2. Shu Xin meminjam buku cerita dari perpustakaan. Ayat pasifnya (b) Buku cerita dipinjam oleh Shu Xin dari perpustakaan. | Tatabahasa | 22.08.2011 |
Gelaran hormat bagi kerabat Diraja contohnyaRaja Nor Zabedah Raja Ahmad, adalah Yang Mulia. Adakah gelaran Yang Mulia ini yang perlu digunakan dalam surat rasmi kepada beliau atau ada gelaran lain sperti tuan, ppuan atu sebaginya yang boleh digunakan. Contohnya : Adalah dengan hormatnya Yang Mulia Raja dijemput untuk merasmikan majlis tersebut. | Sapaan yang betul ialah Yang Mulia(YM). Ayat yang betul ialah 'Dengan hormatnya Yang Mulia/YM dijemput untuk merasmikan majlis tersebut'. | Tatabahasa | 09.07.2009 |
Salam Tuan. Jika gelaran untuk para sahabat nabi dieja sebagai Sayidina (menurut Kamus Dewan (edisi ke-4), apakah ejaan yang betul untuk panggilan bagi isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi Muhammad SAW? Saidatina atu Sayidatina? Tidak ditemui entri bagi ejaan ini dalam Kamus Dewan. Saya memohon kerjasama pihak tuan memberikan jawapan. | Tuan, perkataan tersebut "saidatina/sayidatina" tidak terakam dalam data kami. Maksud "sayidina" ialah tuan kami (biasanya panggilan untuk Nabi Muhammad SAW serta khalifah-khalifah Ar-Rasyidin). Dalam bahasa Melayu, tidak terakam panggilan khas untuk isteri dan anak-anak Nabi seperti yang tuan nyatakan. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan ingin menggunakan panggilan khas tersebut dan dieja dalam bahasa Melayu, ejaannya ialah sayidatina. | Makna | 12.12.2018 |
Saya ingin memastikan ejaan yang tepat untuk kata terbitan' komposisi' dalam tesarus Bahasa Melayu DBP, memberikan kata ' mengkomposisi' sedangkan dalam Kamus Dewan edisi ke-4 , kata terbitannya menggugurkan pangkal huruf asal, 'mengomposisikan'. Adakah kaedah yang sama unyuk kata'kompos'? Mengompos atu mengkompos? | Ejaan yang betul ialah ‘mengomposisikan’ dan ‘mengompos’. | Ejaan | 22.01.2015 |
Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih. | Puan Jeannet, Makna 'relevan' ialah berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan. Kamus Inggeris Melayu Dewan. (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan. | Makna | 18.01.2010 |