Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.di.ens] | اءوديئن‌س

Definisi : para penonton (pembaca, pendengar, dsb) yg menjadi tumpuan sesuatu ciptaan atau persembahan seni atau sastera: ia kurang di­minati kerana ~ gagal memahami daya tarikan­nya yg aneh; persekitaran membentuk aksi dan kehidupan watak-watak sewaktu mereka berkomunikasi dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[au.di.ens] | اءوديئن‌س

Definisi : para penonton, pendengar, pembaca dsb sesuatu persembahan, rancangan, karya dsb: Rancangan itu dibuat khas supaya ~nya dpt memberikan maklum balas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata audiens


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikan konsep ucapan. Berikan ciri-ciri ucapan. Bagaimanakah kaedah penyampaian ucapan yang baik?Konsep ucapan ialah apa yang diucapkan, perkataan atau kata-kata yg diucapkan. Ini termasuk cara menyebut sesuatu kata, lafaz atau sebutan. Ucapan ini juga termasuklah syarahan atau pidato, Untuk mempelajari penyampaian ucapan yg baik, sdr perlukan latihan berterusan, kawalan suara, sebutan yg jelas termasuk intonasi dan sbgnya. Perkara lain yang perlu diberikan perhatian ialah audiens yang hadir sewaktu sdr memberikan ucapan, Adakah audiens itu dari golongan remaja, kanak-kanak ataupun orang dewasa. Untuk maklumat lanjut ttg mendapatkan kaedah yang baik dan bernas dalam pengucapan, saya cadangkan sdr berhubung dgn pihak MADUM, iaitu Majlis Debat Universiti Malaysia. Sdr akan diberikan penerangan selanjutnya ttg teknik ucapan yg baik dan sebagainya. Selamat Maju Jaya. Terima kasih.   Lain-lain16.07.2008
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat

Saudara,

Cerita Rakyat  merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat  sangat  popular di kalangan  masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya.  Cerita rakyat  diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang.  

Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll.

Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. 

Antara fungsi cerita rakyat ialah:

1. sebagai alat hiburan,

2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat,

3. wadah ekspresi seni  masyarakat menggunakan  kata-kata yang indah,

4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden.

Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993.

sekian, terima kasih.

Sastera11.02.2011

Kembali ke atas