| Saya guru sains SKPJ2 ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa buku Teks Sains Tahun 5 (Terbitan 2010) ada kesilapan fakta. Muka surat: 98 kesalahan fakta : Scorpion can bee seen..........stinger between June and August. Sebenarnya December and February. Dan juga Orion can be seen.... between December and February sepatutnya june and August. Silalah buat pembetulan jika masih tidak diubah. Terima Kasih, Cikgu Kamal SKPJ2.(0192870692) atau 03-80767004 | Salam. Pernyataan yang cikgu berikan adalah salah. Pernyataan dalam buku teks adalah betul berdasarkan penyemakan dan pembetulan yang dibuat pada tahun 2008. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 20.09.2012 |
| saya Nusmi Doloh sedang belajar bahasa Melayu Dasar,dipusat bahasa antarabangsa,UIY.inign tanya,buku tentang bahasa Melayu diselatan Thai.Terimakasih. | Untuk makluman tuan, buku khusus mengenai bahasa Melayu di selatan Thai tiada dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan dalam bab 1 yang menerangkan perkembangan bahasa Melayu. Tuan juga boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP bagi mencari bahan bacaan tentang bahasa Melayu. Berikut bahan bacaan yang boleh dirujuk: | Bahasa Melayu di selatan Thai pupus? | Raja Masittah Raja Ariffin | Pelita Bahasa | 1 April 1992 | | Politik dan bahasa Melayu di Selatan Thai | Worait @ Haji Ahmad Idris | Dewan Bahasa | 1 August 2002 | | Bahasa Melayu sebagai wahana kedamaian di Selatan Thai | Phaosan Jehwae | Dewan Bahasa | 1 May 2009 | | Peranan bahasa Melayu dalam pengajaran Islam di Selatan Thai | Hasan Haji Mohammad Zen | Jurnal Dewan Bahasa | 1 July 1992 | | Lain-lain | 24.10.2013 |
| Boleh namakan teori-teori yang berkaitan kohesi dan koheren? | Tidak ada maklumat dalam pangkalan data kami yang menjurus kepada tajuk tersebut. Sila rujuk artikel yang disenaraikan yang diharapkan dapat membantu sudara mendapatkan maklumat tersebut. Kohesi dalam wacana bertulis, Radiah Yusoff, Nor Aini Ismail, Dewan Bahasa,1 February 2002 Sarana kohesi dalam pengajaran karangan, Zamri Salleh, Pelita Bahasa, 1 March 2009 Peranan kohesi dalam membina ketekstualan teks berita arab dalam talian, Mohd Azidan Abdul Jabar, Jurnal Bahasa, 1 March 2005 Wacana, penanda wacana, kohesi, koheren, Mohd. Zaini Othman, Pelita Bahasa, 1 March 2004 Analisis Tautan Ayat dari Segi Kohesi Nahuan, dan Leksikal dalam Penulisan Karangan, Abdul Jalil Othman, Jurnal Dewan Bahasa, 1 August 2000 Wacana dalam teks penulisan: satu tinjauan tentang pertautanberdasarkan analisis kohesi dan koheren, Khathijah Abdul Hamid, Jurnal Dewan Bahasa, 1 October 1996 | Tatabahasa | 03.07.2011 |
| Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti yang berikut ke dalam bahasa Melayu. i. field; ii. promotion; dan iii. body politic or body corporate. Perkataan-perkataan di atas digunakan dalam peruntukan di bawah seksyen 5, 12 dan 13 Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] seperti di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; … Application of income and property 12. (1) The income and property of the Corporation, whencesoever derived, shall be applied solely towards the promotion of the objects of the Corporation as set out in this Act, and no portion thereof shall be paid or transferred directly or indirectly by way of dividend, bonus or otherwise howsoever by way of profit to the members of the Corporation: (bersambung) | Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
| TERJEMAHAN PERKATAAN “BELLIGERENT” KE BAHASA MELAYU Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan “belligerent” ke dalam bahasa Melayu. Contoh ayat yang menggunakan perkataan “belligerent” ialah seperti di bawah subseksyen 5(b) Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; (c) to perform all the duties devolved upon a national society by each nation which has acceded to the said Conventions.” 3. Jawapan segera daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. AIN-NUR ‘AMIYERRA AWOD BINTI ABDULLAH Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam Negara | Kami mencadangkan belligerent diterjemahkan sebagai "pihak berperang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 29.01.2022 |
| JELASKAN KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA | Khidmat Nasihat DBP membantu pengguna menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan. Sila rujuk buku/artikel yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan seperti artikel yang berikut: | Ideologi dan pembentukan negara-bangsa | Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif | Dewan Budaya | 1 August 1998 |
| Ke arah pembentukan negara yang padu | Chow Chee Choy | Dewan Siswa | 1 December 1990 |
| Lain-lain | 15.04.2011 |