salam...nak cek maksud PORT FUEL INJECTION dalam bahasa melayu.istilah dalam automotif. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Port Fuel Injection ialah liang pancitan bahan api. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk Kamus Kejuruteraan Automotif, terbitan DBP. | Lain-lain | 26.10.2010 |
Salam. Boleh saya tahu saranan terjemahan untuk frasa "Retractable USB" dalam bidang automotif? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "retractable USB" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "retractable' ialah boleh tarik, boleh lipat atau boleh retrak. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah USB boleh tarik atau USB boleh retrak. | Istilah | 02.05.2013 |
Saya ingin meminta pendapat Tuan/Puan mengenai penggunaan bahasa dalam membuat papan tanda iklan untuk perusahaan kami dalam bidang automotif. bolehkan saya menggunakan bahasa pada papan tanda iklan saya seperti berikut : PUSAT SERVIS, MENJUAL ALAT-ALAT GANTI DAN KENDERAAN BERMOTOR. Jika ada cadanagn lain, sila nyatakan kepada saya. | Iklan yang dinyatakan terlalu panjang. Kami mencadangkan PUSAT SERVIS DAN ALAT GANTI KENDERAAN. | Tatabahasa | 25.02.2013 |