availability | - ketersediaan - kebolehsediaan - kebolehdapatan | Ejaan | 19.06.2013 |
Salam, Saya memerlukan khidmat nasihat dalam penulisan untuk terjemahan ayat berikut: Bahasa Inggeris : Availability of female doctors Bahasa Malaysia: Ketiadaan doktor wanita Apakah terjemahan terbaik untuk bacaan umum bagi ayat Bahasa Inggeris di atas?Bolehkah terjemahan Bahasa Malaysia di atas diterima? Kerjasama anda amat saya hargai. Terima kasih. -Zarina- | Availability bermaksud adanya, wujud atau terdapat. Availability of female doctors boleh diterjemahkan kepada Kewujudan doctor wanita. | Tatabahasa | 06.02.2015 |
Salam sejahtera, boleh saya bertanya apakah padanan paling sesuai untuk "availability period" dan "best interest"? adalah "tempoh kebolehsediaan" dan "kepentingan terbaik"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah availability period ialah tempoh kebolehsediaan dan istilah best interest ialah kepentingan terbaik. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.02.2024 |
Apakah terjemahan dalam Bahasa Melayu bagi perkataan berikut: 1. Food availability 2. Food accessibility 3. Food utilization 4. Food stability | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1) Food availability: Kebolehdapatan makanan atau ketersediaan makanan 2) Food accessibility: Kebolehcapaian makanan atau ketersampaian makanan 3) Food utilization: Penggunaan makanan 4) Food stability: Kestabilan makanan Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 17.12.2021 |
Bagaimana untuk terjemahkan "subject to availability"? Adakah "Tertakluk kepada kesediaadaan"? | cadangan terjemahan ialah tertakluk pada kesediaadaan | Penyemakan dan penterjemahan | 28.04.2020 |
Salam... Saya ingin bertanya apa maksud perkataan di bawah dalam istilah bahasa melayu i. food deserts ii. malnutrition iii. vulnerability iv. food availability v. food access vi. food utilization vii. food stability Terima kasih | Terjemahan bagi perkataan yang berikut, ialah: i. food deserts - makanan pencuci mulut; ii. malnutrition - pemakanan tak seimbang; iii. vulnerability - mudahnya terdedah/diserang/dikalahkan; iv. food availability - kesediaadaan makanan; v. food access - kemudahan makanan; vi. food utilization - penggunaan makanan; dan vii. food stability - kestabilan makanan. | Istilah | 16.05.2011 |
apakah istilah bahasa melayu yang sesuai untuk istilah perubatan di bawah:- 1. First-pass Metabolisme = Metabolisme Laluan-Pertama? 2. Bio-Availability = Bio-keperolehan / Bio-ketersediaan? 3. Theraphy Localization= Terapi Penyepadu? 4. Fat Soluble = Larut Lemak? | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. First-pass metabolisme: Metabolisme laluan pertama 2. Bio-availability: Bioketersediaan, biokebolehsediaan, biokebolehdapatan, biokeperolehan 3.Theraphy localization: Terapi penyetempatan, terapi persetempatan 4. Fat soluble: Larut lemak Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Istilah | 19.03.2021 |
The Theoretical Model is a multi-levelled model. Incorporated in the first level are the three key aspects most expected to impact on teachers’ relationships with students: Connectedness, Availability and Communication. The second level of the model features the expected mechanisms by which the key aspects were expected to be demonstrated by teachers as they relate with the students in their classes. Teachers who demonstrated the expected mechanisms were seen to be working towards achieving the key aspects in their relationships with students. | Soalan saudara tidak jelas. Untuk makluman, khidmat nasihat bahasa menangani masalah penggunaan bahasa Melayu yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah, tatabahasa, penyemakan bahasa, penyelidikan bahasa, kegiatan pengembangan bahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 23.02.2011 |
Search for one way or return flights below or click here for multiple destinations: Please be aware that you have rejoined the sita pts booking engine out of sequence when we where expecting payment to be completed. Please finish entering details on the payment pages, or phone our helpdesk on "callcentre number" quoting the reference number ITD00001069. Error: Original fare was no longer available please check new price Either a home, work or mobile telephone number must be present Comments Net Search for point to point flights below by filling as many rows as you require. Click here for the standard requirements page Search for flights to build your own trip (availability led) Forgotten Password If you have forgotten your password, please key-in the information requested below to receive a reminder by email. Please key-in either your user name or the email address that you registered with and click send. | Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan menyemak teks terjemahan, dan bukannya menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. | Lain-lain | 20.11.2007 |