Salam, Saya ada beberapa soalan. Yang pertama, bagaimana cara yang betul untuk menggunakan perkataan 'tersedia'? Saya lihat banyak penggunaannya terutama dalam terjemahan dari perkataan bahasa inggeris, 'available'. Contoh, Wifi is available = Wifi telah tersedia. Adakah penggunaan ini betul dan tepat? Yang kedua, bagaimana untuk menulis e-mel yang boleh menggantikan istilah "Dear {Nama Penuh}" dan "Sincerely" dalam bahasa melayu supaya tidak berbunyi terlallu formal atau kaku? Terima Kasih | 1. Contoh istilah yang menggunakan perkataan tersedia adalah seperti yang berikut: available nutrient - nutrient tersedia standing cost - kos tersedia available energy - tenaga tersedia built-in control - kawalan tersedia Sehubungan dengan itu, "tersedia" tidak semestinya padanan bahasa Melayu untuk ""available" sahaja, tetapi juga perkataan lain seperti "standing" dan "built-in" bergantung pada konsep. Dalam konteks yang diberikan, kami berpendapat "Wifi telah tersedia" tidak sesuai digunakan. Sekiranya perkataan ini digunakan dalam premis tertentu, biasanya lambang Wifi, tulisan Wifi atau Wifi Percuma sahaja dipaparkan, 2. Dalam e-mel urusan rasmi, biasanya kami menggunakan tuan atau puan di bahagian atas. Di bahagian bawah selepas "Sekian, terima kasih." terus diletakkan nama pegawai. Kami tidak menggunakan "Yang benar" atau "Saya yang menurut perintah" dalam e-mel. | Istilah | 02.02.2017 |
Saya ingin bertanya apakah terjermahan sesuai untuk "There is " cthnya there is available instruments for the use of clents. Adakah ianya Terdapat instrument tersedia atau wujud instrumen tersedia atau adanya instrumen tersedia. Terima kaasih | Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun kami boleh membantu tuan, menyemak penggunaan ayat yang telah diterjemahkan. Cadangan padanan yang sesuai untuk ayat "there is available instruments for the use of clents" tersebut ialah Instrumen ini ada disediakan untuk kegunaan pelanggan. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.05.2019 |
1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Memperoleh Tempoh Ini 4) Redeemed this Period = Menebus Tempoh ini 5) Available Balance=Baki Tersedia Mohon khidmat nasihat DBP untuk terjemahan berikut. Ini adalah untuk sektor perbankan. Terima Kasih | 1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Perolehan dalam tempoh ini. 4) Redeemed this Period = Penebusan dalam tempoh ini. 5) Available Balance = Baki Tersedia Cadangan terjemahan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.09.2015 |
Mini Rtc Asahan Melaka SEL 11.04 PAGI assalamualaikum tuan mohon pertanyaan Ujana Buku DBP available ke dtg di Melaka? | Sila hubungi Ujana Buku melalui talian 03-4101 0023/0028/0025 atau layari http://dbpniaga.my/ms/ untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 08.08.2017 |
Apakah istilah yang sesuai bagi "service apartment"? Contoh konteks: "A service apartment is a fully furnished apartment available for short-term or long-term stay, providing hotel-like amenities such as room service, house keeping, a fitness center, and a laundry room." | Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah pangsapuri servis atau apartmen servis. | Lain-lain | 14.10.2018 |
Pohon berikan terjemahan nama kediaman/bangunan berikut "service apartment" . Contoh ayat: A serviced apartment is a type of furnished apartment available for short-term or long-term stays, which provides amenities for daily use. Terima kasih. | Cadangan kami ialah pangsapuri perkhidmatan bagi padanan service apartment. | Istilah | 17.07.2010 |
I wish to know if DBP have any more copies of the Translation book of Iban - English. If it is available, can I know where I can obtain it, or if I can purchase it from DBP, what is the price if I want to courier it to Sibu? Thanking you in anticipation. | Buat masa ini, DBP tidak mempunyai buku seperti yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini. | Lain-lain | 04.10.2009 |
Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen. | Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.12.2017 |
Perkataan "nutritionally adequate" dalam peruntukan di bawah ini dipadankan dengan "berzat secukupnya" manakala dalam peruntukan yang lain perkataan "nutritionally" dipadankan pula dengan dengan “pemakanan”. Melalui semakan kami, perkataan “nutritionally” seperti “nutritionally-related disease” dipadankan dengan “penyakit berkaitan pemakanan”. Oleh itu, apakah padanan bagi "nutritionally adequate" dan "nutritionally available carbohydrates" 389A. (2) Follow-up formula shall be nutritionally adequate to contribute to normal growth and development when used in accordance with its direction for use. 389A. (2) Rumusan susulan hendaklah berzat secukupnya untuk menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan yang normal apabila digunakan mengikut arahan penggunaannya. 389A.(6) Follow-up formula shall contain nutritionally available carbohydrates suitable for the feeding of infant of six months and children in such quantities as to adjust the product to the energy density in accordance with the requirements set out in subregulation (4). 389A.(6) Rumusan susulan hendaklah mengandungi pemakanan karbohidrat sedia ada yang sesuai untuk makanan bayi yang berumur enam bulan dan kanak-kanak kecil dalam kuantiti tertentu supaya keluaran diselaraskan dengan kandungan tenaga mengikut kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (4). | Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally adequate" ialah cukup berzat. Padanan kata bahasa Melayu bagi "nutritionally available carbohydrates" ialah pemakanan berkarbohidrat atau pemakanan tersedia karbohidrat. Pihak puan juga boleh merujuk dan menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan penterjemahan. | Lain-lain | 18.07.2021 |
Saya mendapatkan kepastian. Apakah istilah sasaran Bahasa Melayu bagi perkataan "social-emotional". Contoh ayat "another barrier to early identification of young children with social-emotional problems is related to the assessment instruments available". Contoh istilah yang digunakan dalam Bahasa Inggeris "social-emotional development" "social-emotional skills" "young children with social-emotional issues" | Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk social-emotional ialah sosioemosi. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 15.09.2017 |