Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.vo.ka.do] | اۏوکادو

Definisi : sj tumbuhan tropika yg buahnya ber­bentuk bulat lonjong, berkulit hijau atau ke­hitaman, berbiji besar dan keras, dan isi yg tebal berwarna kuning kehijauan dan sedap dimakan, Persea spp.: buah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata avokado


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah betul atau tidak? a) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum mereka boleh doserap oleh badan. b)Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal terhadap radang sendi. c)Pokok avokado mempunyai kecenderungan menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun itu dan pada tahun berikutnya akan menghasilkan buah yang sedikit pula. tqSalam,

Ayat yang lebih sesuai dicadangkan:

1) Sesetengah nutrien perlu dilarut oleh lemak sebelum boleh diserap oleh badan.
2) Asid oleik sangat baik untuk jantung dan membantu mengawal radang sendi.
3) Pokok avokado mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan buah yang banyak pada satu-satu tahun dan pada tahun berikutnya pula sedikit.
Lain-lain25.06.2015

Kembali ke atas