Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wa/] | اوق

Definisi : 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian; 3. diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri; perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat meneri­manya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wa/] | اوق

Definisi : 1 tubuh; badan: ~ sakit, badan menimbun. 2 bp kata ganti nama diri kedua; kamu. 3 orang yg menjadi petugas dlm kapal dll; anak kapal. berawak 1 menggunakan atau menyebut awak sbg kata ganti nama diri kedua: Apabila bercakap dgn orang-orang tua, tidak baik kita ~ beraku. 2 mempunyai anak buah atau petugas dlm kapal dll. perawakan bentuk tubuh; susuk badan: Ia mempunyai ~ yg tegap sasa. berperawakan mempunyai susuk badan atau bentuk tubuh: ~ menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awak

Puisi
 

Pisang awak jatuh berlerai,
     Jatuh sebiji ke sarung kain;
Patut tuan hendak bercerai,
     Sudah berjanji dengan yang lain.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Awak yang celaka,
     orang yang diumpat.

Bermaksud :

Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana satukah ayat yang betul. "Siapa nama awak?" atau "Apa nama awak?"Ayat yang betul ialah siapakah nama awak? ataupun nama awak siapa?Tatabahasa18.08.2010
Di manakah (kamu / awak) bersekolah? Simpan alat muzik (kamu / awak) dengan baik. Jawapan yang mana satu paling tepat? Apakah perbezaan antara 'kamu' dengan 'awak'? Sila berikan penerangan. Terima kasih.

Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Melihat kepada makna kamus ayat 'Di manakah kamu/awak bersekolah? Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' adalah betul.

Tatabahasa25.02.2011
Salam. Apakah perbezaan antara "janji" dan "asalkan"? Contohnya dalam ayat berikut: Asalkan/Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Perkataan yang manakah lebih sesuai? Mengapa?Janji ialah kata nama, asalkan ialah kata keterangan dan lazimnya hadir pada pertengahan ayat, seperti ... asalkan awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Ayat "Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan.Tatabahasa15.06.2011
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat?Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat?Tatabahasa17.02.2011
ayat manakah yang betul: 1. Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan? (Awak hendak meminjam buku cerita atau rujukan?) 2. Kamu hendak meminjam buku atau memulangkan buku? (Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?) 3. Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan? (Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau perpustakaan?) sekian, terima kasih.1. Ayat yang betul ialah "Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan?"

2. Ayat yang betul ialah "Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?"

3. Ayat yang betul ialaj "Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?"
Tatabahasa30.06.2013
awak hendak makan apa?Tiada pertanyaan yang dikemukakan. Secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.Lain-lain01.12.2013
"Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. tuan saya keliru, adakah selepas cakap ajuk, Tanya atau tanya digunakan? TQBagi sebarang bentuk kata tanya sama ada menggunakan "kah" seperti bilakah atau tidak, seperti bila, hendaklah menggunakan tanda soal "?"Lain-lain05.02.2012
TADIKAH AWAK SAMPAI?BILAKAH AWAK SAMPAI?Tatabahasa11.10.2010
Apakah nama awak? / Siapakah nama awak? - Penggunaan 'siapa' lebih tepat, tetapi adakah penggunaan 'apa' tidak boleh diterima sama sekali untuk menanyakan nama? Terima kasih...Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda atau orang.Tatabahasa25.07.2012
encik,wah ,comelnya kucing awak!/amboi ,comelnya kucing awak!mana satu betul.dan lain satu soalan ialah wah,kayanya pemilik banglo itu!/amboi,kayanya pemilik banglo itu!mana satu jawapan yang paling sesuai?Penggunaan kata seru dalam ayat-ayat yang saudara berikan itu betul dan boleh diterima pakai.   Tatabahasa11.07.2009
12345678910

Kembali ke atas